Tips mudah menulis lebih daripada 500 patah perkataan
Tips mudah menulis
lebih daripada 500 patah perkataan! | Assalamualaikum & salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Apa khabar
rakan-rakan semua? Harapnya baik-baik sahaja. Pertamanya, takziah buat ahli
keluarga mangsa kebakaran pusat tahfiz. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui
dengan setiap kejadian yang berlaku. Syurga pasti buat anak-anak syurga ini. Dan
harapan aku agar penyebaran gambar-gambar mangsa kebakaran pusat tahfiz ini
segeralah dihentikan bagi menghormati perasaan ahli keluarga yang terlibat.
Hari ini aku nak kongsikan tips paling mudah macamana nak
menulis lebih daripada 500 patah perkataan. Mungkin ada blogger yang tidak
hiraukan sangat pasal berapa jumlah perkataan yang mereka tulis. Namun, untuk
hal-hal tertentu, jumlah perkataan menjadi sangat penting temasuklah dalam SEO.
Aku bukanlah pakar SEO tapi daripada apa yang aku faham, google amat gemarkan
penulisan yang panjang dan penuh dengan ilmu yang berguna.
Ada yang kata, nak menulis 300 patah perkataan pun susah! Inikan
pulak nak menulis 500 patah perkataan? Jangan tak tahu ya, ada blogger yang
mampu menulis lebih daripada ini! Ada yang mampu menulis 1000 patah perkataan! Macamana
mereka mampu menulis dengan panjang? Daripada mana mereka dapat idea? Ini yang
aku cuba kongsikan dengan semua.
Aku sendiri pun kadang-kadang tak mampu nak tulis
panjang-panjang kalau penulisan itu tiada kaitan dengan minat aku. Nampak tak
apa yang aku cuba sampaikan dekat sini? Jika kita tak ada minat pada sesuatu
tu, memanglah susah nak tulis panjang-panjang.
Kalau dah tak ada minat, kenapa tulis blog?
Banyak sebenarnya jawapan kepada soalan ini. Jawapan
daripada kita semua dah tentu berbeza. Dan atas alasan inilah kenapa kita perlu
tentukan apakah niche yang kita inginkan pada blog kita. Bukan buat blog macam
tu je. Kemudian tulis. Ada cerita hiburan, ada cerita makan, ada cerita
jalan-jalan sehingga pembaca tak tahu, apa niche sebenar blog kita.
Oklah. Berbalik semula pada Tips mudah menulis lebih daripada 500 patah perkataan. Apa yang
korang perlu tahu agar korang bukan sahaja mampu menulis lebih daripada 500
patah perkataan, tapi mungkin 1000,2000 atau 3000 patah perkataan! Hehehe.
- Oklah. Yang pertama, sebelum korang menulis, korang kena cari cerita apa yang korang nak tulis. Cerita tu biarlah kena dengan jiwa korang atau kalau tak kena dengan jiwa pun tak apa, korang teruskan sahaja pada tips kedua.
- Lepas dah jumpa cerita, apa yang korang perlu lakukan adalah cari cerita yang berkaitan. Jika nak tulis cerita pasal buat duit dengan adsense *contoh* korang cuba google penulisan blogger lain yang ada tulis pada cerita ni. kalau boleh carilah 2-3 blog.
- Langkah ketiga adalah, tulis keyword penting. Cari laman web keyword suggestion. Ada banyak sebenarnya laman web keyword ni. Katakan korang nak tulis pasal buat duit dengan adsense, korang taip je buat duit online, atau buat duit USD, atau rahsia buat duit USD, atau cara mudah buat duit USD, eh, ada macam-macam la. Hahaha.
- Bila dah siap semua ni, korang dah boleh menulis. Perengan pertama, korang kena masukkan keyword penting. Kemudian korang karang ayat korang, dalam masa yang sama, cuba selitkan info daripada blog-blog yang korang cari tu. Jangan copy semua ayat yang blogger lain tulis, gunakan kreativiti korang la ya.
- Kemudian, cuba gabungkan keyword-keyword yang korang cari tu. Buatlah ayat. Jangan masukkan sahaja dalam entry korang tu. Buat ayat yang berkaitan dengan keyword korang.
- Bila dah selesai semuanya, dalam sedar tak sedar, korang dah pun tulis lebih daripada 500 patah perkataan. Macam yang sedang aku lakukan ini, dah lebih daripada 500 patah perkataan. Hehehe. Mudah kan?
Oklah, itu sahajalah Tips
mudah menulis lebih daripada 500 patah perkataan yang boleh aku kongsikan
dengan korang semua, semoga memberi manfaat pada korang ya! terima kasih. J
Tq ejoy.. tips yang bagus untuk blogger2 yang takde idea nak menulis..apa yang penting sekali kalau nak menulis kena rajin..kalau malas satu apa pon tak jadi..
BalasPadamJumlah patah perkataan ni satu benda penting sebenarnya. Contohnya, kalau nak dapatkan kedudukan yang baik di search engine. Dari apa yang saya perhatikan, artikel yang panjang lebih cerah peluang nak masuk ke page pertama google
BalasPadamMENCAAR SANGAT NK TULIS PANJANG2 TAPI BETUL KATA TUAN KALAU TAK MINAT MENULIS KENAPA BUAT BLOG .HEHE
BalasPadameh apesal ter capslock hihi
Bila kita tau apa benda yang kita nak tulis, nak tulis panjang-panjang tak jadi masalah :)
BalasPadamterima kasih tips2 nuntuk terus ada mood berblog
BalasPadam