Kenapa athlete kolam renang basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam?
Kenapa athlete kolam renang basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam? | Fuh! Susah juga sebenarnya aku beritahu dalam bahasa melayu ni. Kalau dalam bahasa inggeris, diorang cakap “ Why divers
shower right after getting out of the water”. Ala, disebabkan blog
ceritaejoy menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, aku cubalah tukarkan bahasa tu
dalam bahasa yang aku dan semua orang faham. Ok? Baiklah, kenapa atlet kolam renang akan basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam? Apa tak
cukup ke air kat dalam kolam tu?
Aku pasti semua orang
perasan benda ni. Dan aku sangat pasti, tak semua orang tahu kenapa atlet ni
basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam renang. Hello! Diorang tu bukan suka-suka
nak basahkan badan ya! Semuanya bersebab. Sekali lagi, bersebab. Fikir logiklah
kan, dah duduk lama dalam air, kenapa bila keluar dari air, nak kena
mandi/basahkan badan pulak kan?
Aku pasti, mesti ada yang cakap badan mereka melekit. Tak pun
sebab klorin air kolam tu yang tinggi. Mulanya, aku pun fikir macam tu jugak,
tapi sangkaan aku tidak benar sama sekali! Salah! Hey, salah la jawapan korang
tu. Hahaha. Ok, aku nak tanya korang, Sebab apa, dalam beberapa edisi sukan
besar, kita cerita pasal Olympics ya.
Ni tengah berlangsung olympic
games rio 2016, rasanya takda, tapi dalam edisi sukan Olympic yang lain,
sukan air ada sediakan kolam air panas dan atlet ni lepas keluar je dari kolam,
dok berjemaah dalam kolam air panas tu. Ha, kenapa? Dah dapatkan jawapan dia?
Kalau dah sebut air panas, mestilah nak sejukkan badan, betul tak? Tapi, macam
mana pulak dengan yang takda kolam air panas tu? Ha, kenapa? Kenapa?
Jawapan kepada persoalan Kenapa athlete
renang & terjun basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam *Why divers
shower right after getting out of the water* adalah kerana atlet ini cuba
untuk memanaskan kembali tubuh dan otot mereka. Kebiasaannya, suhu kolam air
adalah sekitar 77 hingga 82 degrees.
Suhu di luar kolam pula adalah lebih kurang sama atau kadang-kadang sejuk. Bagi mengelakkan atlet mengalami kekejangan otot selepas keluar dari kolam, mereka akan basahkan tubuh mereka sebaik sahaja keluar dari kolam renang.
Suhu di luar kolam pula adalah lebih kurang sama atau kadang-kadang sejuk. Bagi mengelakkan atlet mengalami kekejangan otot selepas keluar dari kolam, mereka akan basahkan tubuh mereka sebaik sahaja keluar dari kolam renang.
Hehehe. Kadang benda nampak macam biasa je kan? Tapi punya makna yang besar buat mereka! Tahniah kerana kalian dan aku baru sahaja dapat ilmu baru. Hehe.
good sharing
BalasPadamOwh.. macam tu rupanya.. Ingatkan nak buang klorin.. kikikiki..
BalasPadamoh baru tau ni..heheh
BalasPadam