Maksud singkatan #OOTD

Ogos 15, 2016
www.ceritaejoy.com

Maksud singkatan #OOTD | Aku ni bukan lah mereka yang suka nak upload gambar dekat laman sosial. Ada akaun insta dan fb tapi lihatlah gambar-gambar yang ada. Tah tahun bila pun aku tak tau. Hahaha. Tapi aku suka tengok rakan-rakan lain yang semestinya handsome dan cantik, gambar-gambar kalian memang awesome kat laman sosial. Hehe. Orait! Mereka suka upload gambar dengan hashtag #OOTD. Yang sebenarnya apa maksud sebenar #OOTD tu?

Sebelum ni, aku memang buat tak tahu je walaupun hati aku ni kerap tertanya-tanya. Tapi disebabkan ada seorang rakan blogger ni yang update gambar dengan hashtag #OOTD, terus aku cari apa maksud singkatan tu! Orang cakap, jangan biarkan diri kita diselubungi persoalan dalam jangka masa yang lama kan? Pernah dengar tak? Ke aku sorang je yang dengar? Hahaha. tak kisahlah! Hehehe.

Baiklah! Maksud sebenar hashtag #OOTD itu adalah, out fit of the day. Ianya membawa maksud pakaian yang mereka kenakan atau pakai pada hari tersebut! Hahaha. Apa susah-susah, cakap jelah, ha! Inilah baju yang saya pakai harini. Atau lebih mudah, tak perlu cakap apa-apa, sebab dari gambar orang dah tau awak pakai baju apa. Lainlah baju yang terselindung, yang tak nampak, betul tak? hehehe.

Ni mungkin disebabkan, mereka yang di luar negara sering menggunakan hashtag ini. Lagipun, hashtag panjang-panjang ni, wak doyok je yang pakai. Mana ada orang search panjang-panjang macam tu. Nak disingkatkan pada ayat yang pendek, maka lahirlah #OOTD. Ha, macam tu. Jadinya kalau korang search hashtag tersebut, maka akan keluar lah beribu-ribu gambar pakaian daripada yang lengkap kepada yang tak berapa lengkap. Macam gitu.

Orait! Sekarang dah tahu kan maksud #OOTD? Aku ulang sekali lagi, ianya membawa maksud out fit of the day yang membawa maksud pakaian yang kalian kenakan atau pakai pada hari tersebut. Jadinya, kalau korang pakai baju kurung *bagi wanita* dan kemudiannya upload di laman sosial, bolehlah gunakan hashtag tersebut. Ok? Faham kan? Lepas ni jangan tanya lagi ya? hahahaha.

2 ulasan:

  1. owh itu maksudnya..takpernah guna hashtag tu

    BalasPadam
  2. dulu pun curious nak tahu apa tu ootd. rupanya outfit of the day. kalau qotd pulak quote of the day. macam2 je ayat zaman sekarang kan hahah!

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.