Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap.

September 28, 2015

Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap

Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. Entah kenapa tiba-tiba nak kongsikan resepi pulak. Hahahaha. Tak salah kan? Dah nama pun personal blog, jadinya, bolehlah kalau nak cerita apa-apa pun kan? Orait, aku nak kongsikan Resepi Sambal Belacan Mudah.

Kalau ada yang baca perihal aku ni yang tak suka makan pedas, kalau belum baca, boleh search Tidak boleh makan pedas. Tapi hari ini aku nak kongsikan yang aku sebenarnya suka makan sambal belacan.

Wahahaha. Sambal belacan pedas kan? Ahha! Untuk pengetahuan korang, aku hanya boleh makan sambal belacan dalam kategori tak berapa nak pedas. Ya. Dan ianya hanya mampu di buat oleh Ibuku Yang tercinta. *kini sudah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk Arwah Zainab Bte Saad*.

Orait. Yang sebenarnya, tak susah pun nak sediakan sambal belacan ni. Sapa-sapa pun boleh buat. Jom kita tengok apa yang korang perlukan untuk hasilkan Sambal Belacan Mudah Dan Sedap ni

Resepi Sambal Belacan Mudah

BAHAN-BAHAN:

25 hingga 30 Cili Burung atau cili Thai (campuran merah dan hijau)
Belacan (sebesar ibu jari)
1/2 sudu kecil Gula
Sedikit garam, jika perlu

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam batu lesung dan tumbukkan hingga sebati. Bila rasa dan ok, boleh lah di hidangkan. Ahha! Mudahkan? Mudahlah sangat kan? Hahahaha.

Jika mahu lebih sedap *macam iklan kicap kipas udang pulak* korang boleh tambahkan 1 sudu jus kalamansi dan 1 sudu kulit limau nipis yang dihiris halus. Waktu nak tumbuk tu, korang masukkan. Ha.

Dah siap Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. Amacam mudah tak? Mudah kan? Kalau korang yang duduk nun jauh di perantauan, bolehlah buat sendiri ya. Tapi itulah, air tangan ibu juga yang sedap. Kan? Orait. Dah siap kongsikan resepi mudah sambal belacan. 

Lepas ni memang hari-harilah ada menu sambal belacan sedap ni. Di tambah pula dengan nasi panas, ikan masin dan ulam-ulaman. uhh! Aku dah lapar! Nak makan sambal belacan! Oklah. selamat mencuba ya!


Artikel berkait:

1) 5 Resepi Sambal Belacan Yang Meletup
2) Sambal Belacan paling sedap
3) Cara buat sambal belacan paling senang
4) Sambal belacan sedap step by step
5) Resepi Sambal Belacan Paling Sedap Aneka Rasa

8 ulasan:

  1. 25 hingga 30 biji tu macam dah pedas je tu.hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeker? Ok, sila kurangkan jumlah itu. hahahahahaha

      Padam
    2. Pisyek rasa lagi banyak cili lagi lama tahan sebab kuantiti banyak.

      Hahahaha.

      Padam
  2. wah ... kalau urusan sambal belacan ,istri saya cukup mahir cara buatnya ....:)

    BalasPadam
  3. macam menyengat je tu...itu klu buat berminggu mau habiskan..hehe

    BalasPadam
  4. Setuju...air tangan ibu jugak yang sedap

    BalasPadam
  5. memang sekali sekala saya suka gak makan sambal belacan kalau kena ngan partner dia i.e ulam/ikan kukus dsb. tapi saya jenis penakut pada makanan yang terlebih rasa samada masam/masin apatah lagi kalau pahit/pedar serta pedas. lagi pun perut saya alah ngan pedas-pedas ni...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.