Cara nak tipu peniaga online.
Cara nak tipu peniaga
online | Aku bukan nak ajar ya! Yang sebenarnya, aku nak kongsikan, inilah
cara nak menipu peniaga online. Biasalah, meniaga online ni, kena tunjuk resit
dekat peniaga tu, barulah barang akan di pos. Bercerita pasal kes tipu beli
online ni, aku sendiri pun baru je terkena. Melayang RM100 kena tipu. Confirm Lah aku tak akan halalkan duit tu dunia akhirat. Apa lagi doa aku, malas aku nak
cerita dekat blog ceritaejoy ni, cukuplah ianya tersimpan dalam hati aku. Kang
orang cakap aku kejam pulak.
Baiklah! Ni aku nak kongsikan, kepada peniaga online semua,
janganlah terlalu mempercayai resit bank in tu! Benda macam tu, orang boleh
buat! Tengok gambar kat atas tu, kosnya Cuma RM5! Berbaloi ke kalau kena tipu
RM100 ke? RM200 ke? Berbaloi? Tak kan? Adalah dengan itu, adalah lebih baik,
check dahulu dalam akaun ada.
Zaman sekarang ni, macam-macam orang sanggup buat
termasuklah menipu perniagaan online ni. Ambil gambar orang lain, post dekat
laman sosial, kena pula ada yang sedang mencari, terus percaya dan bankin,
lepas tu baru sedar tertipu! Bagi peniaga online pulak, mereka dah siap-siap
bungkus barang. Bila orang cakap dah bankin je, lepas tu tunjuk resit, terus
peniaga ni pos. Sebab percaya pada resit yang diberikan tu. Tapi bila bukak
akaun, duitnya tak ada! Macam mana tu?
Cara dapatkan balik duit jika di tipu peniaga online.
Yang sebenarnya, fokus ceritaejoy dalam entry kali ini adalah
lebih kepada diri kita jika ditipu peniaga online. Ada orang cakap, ada caranya
kalau nak dapatkan balik duit yang kita dah bankin pada manusia pemalas cari
duit tu! Cara-caranya adalah, buat report polis yang mengatakan kita tersalah
bankin duit. Kemudian report tu bawa pada bank, dan bank akan memberi notis
kepada pemilik akaun untuk pulangkan semula wang kita tu.
Disini aku nak beritahu. Cara itu sememangnya tidak
berkesan! Kerana apa? Aku baru sahaja ke balai polis semalam. Niatnya adalah
untuk buat report seperti yang diajarkan tu. Namun sebaliknya berlaku. Aku di
tuduh cuba untuk buat report palsu. Kata orang tulis dalam report kita dah
salah bankin duit dan report tersebut sebagai rujukan bank.
Cerita sebenar, kita beli barang online, dan kita ditipu. Kalau
ikut pada cerita sebenar, kita sendiri yang ingin memasukkan wang tersebut dan
bukannya atas paksaan orang lain. Betul tak? Jadinya cara yang di ajarkan itu
langsung tidak betul dan kita boleh dituduh atas alasan cuba buat report palsu.
Adoi!
Cara sebenar nak
dapatkan duit bila di tipu peniaga online adalah dengan, buat report
berdasarkan cerita sebenar, kemudian kes akan di rujuk kes komersial, lantik
peguam dan lawan di mahkamah. Jika anda berada di pihak yang benar *semua maklumat
cukup* maka orang tersebut perlu bayar ganti rugi. Persoalan sekarang, aku
ditipu sebanyak RM100, berbaloi atau tidak untuk cari peguam dan lawan di
mahkamah?
Oleh yang demikian, kita sendiri perlu lebih peka dengan
setiap urusan transaksi wang ketika pembelian atau peniagaan online ini.
Periksa segala maklumat dengan betul dan pastikan kita tahu rupa dan alamat
sebenar penjual sebelum bersetuju untuk melakukan pembayaran. Kata orang,
adalah lebih baik beli secara COD. Tapi kalau lokasinya jauh, mungkin tidak
berbaloi.
Macam kes perkhidmatan
buat resit palsu ni, aku memang tak pelik. Yelah, dalam dunia serba moden
sekarang ni, macam-macam benda kita boleh tengok. Dan walaupun cerita mengenai
penipuan ketika beli online ni banyak tersebar, masih ada lagi yang kena tipu
termasuklah aku! serius! Aku masih tertekan bila fikirkan balik benda ni.
macam- macam cara nak menipu skrg nie..
BalasPadamini baru sikit, ada yang lebih hebat daripada ini..ha..
PadamRepor polis pun malas nak layan atau hanya alasan semata - mata.. Hanya nilai rm 100 nak masuk court bagai,, yf tu memang tak masuk akal.. Sabarlah janji Alah terhadap orang teraniaya ni pasti,, kenalah dia nanti...doa banyak banyak
BalasPadamitulah..semalam pergi balai nak buat report..fikir banyak kali..hilang rm100 dengan nak bayar peguam..ish..tak berbaloi langsung..
Padamsanggup buat keja macam nih..tak paham betul..Kalau sekadar tunjuk resit jer tak cukup kan..memang kita kena tengok transaction tuh ade ke tak.
BalasPadamkalau nak turun naik mahkamah memang leceh la.hehe
memang tak padan la kalau kena tipu RM100 dengan kena bayar peguam tuk naik mahkamah..adoii
Padammacam-macam penipuan sekarang ni, semuanya nak kaya cepat hingga lupa akhirat,Nauzubillah .
BalasPadamorang sekarang memang dah tak fikir semua tu dah..sebab diarang lebih fikirkan dunia je..hmm
PadamSelalu dengar nasihat yang kata salah bank in tu..
BalasPadamAgaknya polis pun dah tau..