Kepentingan insurance nyawa kepada masyarakat kini.

Ogos 16, 2016
www.ceritaejoy.com

Kepentingan insurance nyawa kepada masyarakat kini | Aku bukan nak jual insurance. Walaupun ada beberapa rakan yang ajak aku join mereka jual insurance, namun aku masih belum berminat. Biarlah aku berusaha Buat Duit Dengan Adsense dulu walaupun aku tahu, bidang insurance ini sememangnya mampu menjadikan seseorang itu bebas kewangan. InsyaAllah, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk. Baiklah, penting ke insurance nyawa ni?

Kepentingan Insurance Nyawa.


Bila kita berbicara mengenai “kepentingan”, jawapan aku adalah, ya! Ianya sangat penting ketika kita berhadapan dengan situasi yang melibatkan kewangan yang berkaitan dengan bil hospital. Tak ada orang yang mahukan diri mereka sakit atau terlibat di dalam kemalangan. Namun ianya masih juga terjadi kepada mana-mana individu yang terlibat.

Bayangkan, ada rakan-rakan yang terlibat di dalam kemalangan dan memerlukan rawatan segera. Semua sudah sedia maklum, bil hospital bukanlah murah! Benda ni tak mendatangkan masalah pada mereka yang punya duit yang banyak. Persoalan sekarang, macam mana kalau duit yang dia ada cukup-cukup makan je? Dalam kes ini, insurance nyawa adalah sangat penting!


Insurance Nyawa Paling Murah.


Aku dulu ada insurance nyawa. Isteri dan anak aku pun ada insurance sendiri. Tetapi sekarang dah tak ada lagi. Memang benar aku cakap, insurance nyawa tu penting, tapi aku ada alasan aku yang tersendiri kenapa aku hentikan insurance nyawa aku dan keluarga. Semuanya kerana wang! Ya! Insurance nyawa adalah satu bentuk perlindungan kepada diri kita dan keluarga ketika berhadapan dengan kos-kos perubatan yang semakin mahal. Namun, untuk mempunyai insurance sendiri, ianya juga memerlukan wang.

www.ceritaejoy.com

Ramai yang memilih Insurance Nyawa Paling Murah kerana merasakan insurance itu penting. Namun tahukah kalian, apakah “kelebihan-kelebihan” yang ada jika anda mengambil insurance murah? Silap-silap, ada penyakit yang tak “cover” berbanding insurance nyawa yang sedikit mahal. Insurance nyawa ni pun ikut harga juga tau! Lagi mahal anda bayar, lagi banyak kelebihan yang bakal anda perolehi.

Insurance Nyawa Prudential.


Macam aku dulu, aku ambil Insurance Nyawa Prudential. Rasanya tak perlu perkenalkan lagi syarikat insurance ni, semua pun dah tahu kan? Banyak juga kelebihan yang ada dengan insurance nyawa yang ditawarkan oleh syarikat ini. Ada juga yang cakap, syarikat ini menawarkan Insurance Nyawa Terbaik, mengenai itu aku tak mahu ulas. Namun aku mengambil keputusan untuk menghentikan perkhidmatan insurance daripada syarikat ini.

Bukanlah aku kata syarikat ni tak bagus. Cuma kewangan aku yang tidak bagus. Aku percaya, jika semua orang di malaysia ini mampu, pasti semua akan ada insurance nyawa. Tetapi, kenapa hospital kerajaan masih penuh? Ini menunjukkan, ramai yang tidak mampu untuk kekal bayar insurance setiap bulan.

www.ceritaejoy.com

Dalam tahun 2016 ni, bayaran insurance bagi seorang adalah lebih kurang RM150. Rasanya itu yang paling murah kut. Nilainya memang nampak kecil pada ramai orang, namun terlalu besar pada segelintir orang. Bayangkan kalau 1 keluarga ada 4 orang. Pasti bayaran bulanannya mahal. Benar, ada insurance kelompok. Tapi percayalah, masih ada orang yang masih tak mampu bayar.

Apa pun tepuk dada tanya kewangan. Kalau tanya, adakah insurance nyawa tu penting? Jawapan aku ya! Tapi bila ianya melibatkan kewangan, aku pasti ramai yang akan pilih kewangan daripada insurance. Walaupun tahu, “risiko” yang bakal mereka hadapi bila berhadapan dengan kejadian yang tidak di ingini. Buat masa sekarang, biarlah aku berusaha dahulu untuk berjaya Buat Duit Dengan Adsense. Semoga usaha aku dipermudahkan dan berjaya buat duit USD. Amin!

2 ulasan:

  1. setengah orang tak nampak kepetingan insurans nyawa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang sebenarnya, mereka nampak kepentingan insurance ni. cuma macam yang saya ada cakapkan di atas, kebanyakan dari mereka ada masalah kewangan. memang kecil jumlah RM150 tu tapi pada sesetengah orang, ianya besar.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.