Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense.
Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense | Sebelum aku bercerita panjang mengenai hal ini, mahu juga aku beritahu, ini bukanlah Teknik Buat Duit Online dengan adsense. Aku pun bukanlah raja adsense yang berjaya buat puluhan ribu ringgit dengan adsense. Aku sendiri masih “berjuang” dengan blog ceritaejoy di dalam usaha Buat Duit Dengan Adsense. Baiklah, apa yang ingin aku kongsikan kali ini adalah, bagaimana kita boleh buat puluhan dolar 1 hari dengan adsense ni.
Benda ni aku baca dalam 1 blog *aku lupa nama blog tu* yang ditulis oleh rakan blogger Indonesia. Hebat juga blogger Indonesia ni kan?
Kita taip benda yang kita cari, yang keluar adalah blog dari rakan seberang.
Ini bermakna, teknik penulisan SEO dalam
blog mereka hebat! Hehe. Yang sebenarnya, agak “susah” untuk kita cari
apa-apa ilmu berkaitan adsense ni, percaya tak kata-kata aku ni?
Korang carilah dekat mana-mana pun, kebanyakkan blogger akan
bercerita mengenai tips atau rahsia adsense ni, kita pun bacalah sampai habis.
Bersemangat! Kemudian, di pengakhiran cerita, sila lah beli ebook saya! Hahaha.
betul tak? Banyak dah aku cari dari blog ke blog, semuanya cerita benda yang
sama. Mungkin itu juga cara mereka jana
pendapatan online. So, tak boleh nak salahkan diarang jugak.
Baiklah. Sekali lagi, aku bukan nak share Teknik Buat Duit Online dengan adsense
ni. Cuma aku nak kongsikan “logik” bagaimana kita boleh Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense. Bila aku fikir-fikir
balik, betul juga apa yang dia cakap kan, teknik ni memang nampak susah, tapi
boleh memberi income kepada kita.
Sebelum aku kongsikan teknik
mudah buat duit dengan adsense ni, aku nak juga tanya korang. Berapa entry
1 hari yang korang tulis dekat blog korang? Kalau aku, terus terang aku cakap,
aku hanya mampu tulis 3 entry 1 hari dekat blog
ceritaejoy. Kalau copy paste blog
orang, aku boleh buat lebih daripada itu! hahaha. Tapi kejam la. Orang lain
susah-susah menulis, kita ambil macam tu je, kemudian paste dalam blog kita.
Tak rasa bersalah langsung!
Yang sebenarnya, jumlah entry yang korang tulis/terbitkan 1
hari, memainkan peranan yang sangat penting di dalam menghasilkan income dengan
adsense ni. Lagi banyak korang tulis, lagi banyak “keyword” yang ada, lagi
banyak income yang korang boleh dapat! Ha! Cuba bayangkan, 1 hari korang boleh
tulis 5-6 entry dekat blog.
Bila banyak entry yang korang terbitkan, lagi banyak trafik
yang korang boleh dapat. Dan lagi ramai orang yang akan berkunjung ke blog
korang! Ha, daripada situ, peratusan untuk pembaca klik pada iklan adsense
korang adalah sangat tinggi. Mudah je kan, lagi banyak tulis, lagi banyak
pembaca dan lebih tinggi peratusan untuk orang klik iklan adsense. ha!
Mungkin inilah cara untuk Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense. Dan kalau kita tengok,
mereka yang dah berjaya buat duit dengan adsense ni, blog mereka bukan
calang-calang tau. Penuh dengan informasi dan ilmu! Lepas tu pulak, dah berapa
banyak entry mereka tulis. Bukan ratus-ratus, cecah ribu-ribu dah entry yang
ditulis.
Suka juga aku ingatkan, walaupun aku cakap, lagi banyak
tulis, lagi besar peratusan untuk orang klik iklan kita, Kena juga pastikan
bahawa penulisan kita itu penuh dengan keyword penting dan ada isi. Maksud aku
adalah, penulisan yang berkualiti. Jangan main tulis je. Kalau main tulis je,
memang agak susah la nak Buat puluhan
dolar 1 hari dengan Adsense ni.
Baiklah. Aku dah cerita teknik biasa orang buat duit dengan
adsense. Yang sebenarnya aku dah siap tulis, 1 entry yang menceritakan 1 lagi
rahsia besar tentang cara buat duit dengan
adsense ni. Korang pernah dengar pasal High
Paying Keywords? Ada lebih kurang 80 keyword dengan bayaran paling mahal. Tadi
aku cakap kena tulis banyak kan? Kalau korang tulis dan masukkan
keyword-keyword ini, fuh! insyaAllah, korang dan aku pasti berjaya buat duit
dengan adsense.
singgah pagi...
BalasPadamtopik yg menarik..
ehehe..jom buat duit dengan adsense..hehe..
Padamagak kompetitif nak bersaing dengan HPK tu yang berpuluh dollar tu.sebab depa banyak duit. Nak cari artikel bab tu pun agak payah..huhu..kena outsource dulu le nampaknya. kalau blog trafik byk memang takde hal
BalasPadam