Rasanya dah tak boleh minum nescafe lagi!

September 05, 2017
tak boleh minum nescafe lagi


Rasanya dah tak boleh minum nescafe lagi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, sihat ke semua rakan-rakan ceritaejoy? Harapannya sihat belaka la ya. Hari ini rasa macam nak sembang-sembang kosong je. Siapa peminat nescafe dekat sini? Aku pun salah seorang daripada ribuan orang yang minat nescafe. Tetapi sejak 2 menjak ni, rasa macam badan ni dah tak boleh nak terima nescafe lagi. Kalau minum jugak, mesti sakit kepala. Kenapa ya?

Kalau sebelum ni, pagi petang siang malam, mesti kena nescafe! Kalau tak kena rasa macam tak sah! Kalau dekat tempat kerja tu, asal rehat je, mesti kena secawan nescafe. Barulah segar nak teruskan kerja. Kalau dekat rumah, sebelum tidur, waktu tengok TV, kena dulu secawan nescafe, tidur aku pasti lena!

Berbeza dengan sekarang, awal pagi, kalau aku minum nescafe, sekejap je dah boleh rasa sakit kepala. Mula tu aku tak rasa sakit kepala aku ni berpunca daripada kopi ni, tapi aku perhatikan jugak dalam 2 minggu. Kalau aku minum, kepala sakit. Kalau tak minum, tak sakit. Jadinya, semuanya berpunca daripada nescafe la kan?

Bila di fikirkan balik, kenapa kepala aku sakit bila minum nescafe mungkin disebabkan badan aku ni dah tak boleh terima caffeine. Dah tua agaknya! Sebab itulah asal minum nescafe je kepala sakit. Aku ada juga terbaca artikel yang cakap, pengambilan caffeine yang berlebihan ni boleh beri kesan buruk pada tubuh. Hah?

Apa pun, rasanya aku dah kena stop minum dulu. Kena banyak minum air putih. Tapi itulah, kalau dekat tempat keje, minum air putih semata, boleh mengantuk! Hmm, macamana ni?

5 ulasan:

  1. hmmm samalah memang x boleh minum nescafe, kalau minum secara automatik sakit kepala berdenyut2 pulak tu , tapi masih heran macam mana boleh sakit kepala hahaha

    BalasPadam
  2. Mungkin tak banyak minum air kosong kot so tak balance. LZ pun caffeine addict tapi kena minum air kosong lebih banyak dari caffeine yg diambil.. kalau x sakit kepala.. Lagi pun air kosong baik untuk flush kidneys & bawa oxygen dalam darah..

    Itulah pendapat LZ melalui pembacaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha. rasanya macam itulah. kena lebihkan air putih ni. terima kasih ya! hehehe

      Padam
  3. Kalau minum banyak sangat, saya pun akan sakit kepala juga. Tapi kalau setakat sehari minum sekali je, tak ada pulak jadi sakit kepala tu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.