Kenangan waktu kecil yang masih diingati sampai sekarang.

September 25, 2017
Kenangan waktu kecil

Kenangan waktu kecil yang masih diingati sampai sekarang | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk hidup di dalam dunia di dalam keadaan sihat walafiat. Orait! korang ada tak kenangan waktu kecil yang sampai sekarang korang tak boleh lupa? Pasti ada kan? Dan yang lebih pastinya, mesti ada lebih daripada 1 kenangan tu. Cumanya dalam banyak-banyak kenangan yang ada, pasti ada 1 kenangan yang korang tak boleh lupa, dan apakah kenangan tersebut? Ahha!

Hari ini, sajalah aku nak kongsikan kenangan waktu kecil aku. Ceritanya semalam, sewaktu nak tidur, aku berbual dengan anak aku mengenai beberapa perkara. Dan dalam pada berbual tu, aku teringat waktu aku kecil dulu. Yang sebenarnya, aku mungkin salah seorang daripada beberapa orang yang tak suka nak ingat benda lepas.

Kalau ramai daripada kalangan kita yang nak sangat kembali ke zaman sekolah, aku mungkin salah seorang yang taknak kembali dalam zaman tu. Sama halnya zaman kanak-kanak. Kalau orang cakap, mereka nak sangat kembali dalam zaman tu, aku pula tak suka! Hahahaha. Sudah pastinya aku punya jawapan aku sendiri.

Apa pun, ingatan dalam minda kita ni mana boleh padam kan? Ada masa-masanya, kita akan teringat balik. Kena pulak dah ada anak ni, lagilah ada perkara-perkara mengenai mereka yang akan buatkan kita teringat waktu kita kecik dulu. Oklah! Berbalik semula pada cerita Kenangan waktu kecil yang masih diingati sampai sekarang.

Waktu tu rasanya aku dalam darjah 3 kut. Ayah aku seorang tentera. Bila sebut askar je, hampir kesemuanya jenis panas baran. Tidak semua, tapi hampir kesemuanya. Mungkin kerana mereka di latih untuk jadi macam tu. Yelah, askarkan, mesti ganas! (ini bak kata kawan aku la yang sekarang ni berkhidmat di dalam angkatan tentera malaysia).

Budak-budak. Biasalah, nakal! Aku lupa apa jenis kesalahan yang aku buat waktu tu. Tapi memang teruk kena marah dengan ayah aku. Lepas kena marah, aku naik atas (rumah 2 tingkat) aku ambil kertas dan tulis. Kiranya aku merajuk waktu tu dan tulis ayat macam nak lari rumah la. Hahahaha. Dah siap tulis, aku masukkan kertas tu dekat celah seluar yang aku pakai (dekat area pingang).

Waktu tu pulak, rasa nak terkencing. Aku pun buang air kecil sebelum plan nak lari rumah. Aku lupa tentang surat yang aku tulis tu. Waktu nak bukak seluar, surat yang aku tulis tu terjatuh dalam lubang tandas! Hahaha. Bila nampak surat tu jatuh, terus planning aku untuk lari rumah terbatal dengan sendirinya! Hahaha.

Bila aku kenang balik. Yelah, anak-anak tengah membesar, memang nakal. Aku pun ada juga marah anak-anak aku. Lepas aku marah je, kadang-kadang aku takut jugak. Mana tahu diarang buat macam aku pernah nak buat 1 ketika dulu? Aih! Mintak dijauhkanlah. Tapi, aku kalau dah marah, aku tak biarkan diarang macam tu je, aku ambil hati diarang semula.

Yelah, anak-anak ini anugerah Allah. Ikutkan mereka tu lagi suci daripada kita. Hidup tanpa dosa. Jadinya bila nak marah tu, cuba tengok diri kita. Mesti kita waktu kecik pun macam tu jugak. Hehehe. oklah, sekarang, nak tanya korang, Kenangan waktu kecil apa yang korang masih ingat sampai sekarang?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.