Kes viral anak pukul ibu.
Kes viral anak pukul
ibu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya semua dah tengok kut
video anak pukul ibu sebab katanya tak dapat belanja sekolah. Secara jujurnya,
aku mampu tengok video tu sekali je kemudian padam. Sebabnya rasa marah tu
meluap-luap waktu tengok video anak
pukul ibu tu. Pantang betul tengok orang yang mengasari ibu sendiri ni.
Entah di mana silapnya, tak siapa yang tahu.
Khabarnya laporan polis telah dibuat oleh si ayah bagi
melindungi ahli keluarganya daripada perkara yang di luar jangkauan. Yelah,
video dah tersebar 1 malaysia. Kena orang yang tak mampu tahan sabar, jumpa
remaja ni, diperlakukan perkara yang tidak betul, dah jadi 1 masalah lain.
Kalau tengok dekat laman sosial pun, memang banyak kecaman
yang remaja ni dapat. Yelah, yang dipukul tu ibu. Bukan orang lain. Tapi tak
tahu pulak kenapa sampai macam tu sekali jadinya. Pastinya keluarga ni ada
sebab yang tersendiri. Kalau keluarga aku dan mungkin kebanyakkan keluarga
dekat malaysia ni, cukup dengan jelingan ayah je, semua dah takut.
Tak pernah lagi terfikir nak angkat tangan dekat mak ayah
sendiri. Mungkin kerana daripada kecik dah di didik dengan ilmu dan “kekerasan”.
Hehehe. Jadi rasa hormat pada mereka tu tinggi.
Ramai yang menyalahkan ibubapa menjadi punca kepada anak
macam ni. Daripada kesimpulan yang boleh aku rumuskan, ramai yang cakap, anak
terlalu dimanjakan! Sampai nak tegur pun tak boleh! Bila kena tegur, mulalah
merajuk, atau lebih teruk melawan ibubapa dan diluar jangkauan, mengeluarkan
kata kesat dan memukul.
Aku tak berani nak kata lebih-lebih macam ni sebab aku
sendiri ada anak. Tapi aku tak pernah benarkan anak-anak aku melebihi tahap
yang sepatutnya. Sampaikan kalau wife aku marah anak aku pun, aku akan
sebelahkan wife aku sebab aku tahu pasti ada sebab dia marah. Mana ada orang
marah suka-suka kan?
Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahajalah ye pada remaja
ni. Anggap sahaja remaja ni tak sengaja buat macam tu. Harapnya janganlah buat
lagi ya. Sebab ibu tu. Nanti kang, kita buat ibu macam tu, Allah balas lagi
teruk, diri sendiri juga yang susah. Ok.
akhir zaman.........macam macam terjadi
BalasPadamSemoga remaja tu insaf dan tak ulang lagi benda2 macam ni
BalasPadam