Jangan sampai kena banned dengan Google.

Mac 06, 2017
Jangan sampai kena banned dengan Google

Jangan sampai kena banned dengan Google | Aduh! Nampaknya aku masih belum pulih sepenuhnya selepas akaun adsense kena banned! Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan akaun penuh ni. Namun, bila sifat tidak sabar lebih banyak dalam diri, macam-macam cara datang untuk hasilkan “lebih” income. Dan di akhirnya, memakan diri! Bukan setakat itu sahaja, ianya juga beri kesan jangka panjang pada blog ceritaejoy.com!

Jangan sampai kena banned dengan Google.

Dah banyak rayuan dibuat, dan kesemuanya ditolak bulat-bulat oleh google adsense. Kecewa! Dan sangat kecewa! Namun aku akan tetap berusaha untuk dapatkan semula akaun adsense aku semula. InsyaAllah. Baik. Lupakan sekejap pasal itu, ini ada 1 benda aku nak kongsikan dengan semua. Cerita yang akan memeritkan lagi keadaan sedia ada. huhuhu.

Selepas kena banned dengan google adsense, aku cuba alternative lain. Usaha buat duit online harus juga aku teruskan. Aku cuba medium buat duit USD yang baru. Pada mulanya tiada masalah. Gembira pula hati aku bila tengok ada iklan dalam blog ceritaejoy ni. Tapi kegembiraan itu tidak bertahan lama! Semuanya selepas aku terima email yang tertulis seperti ini”

Your domain ceritaejoy.com ‍has been banned from showing this Ads. Please remove this ads code from this domain.

Apa perasaan korang bila baca benda ni? Sedih? Kecewa? Atau apa? Aku ada semua rasa tu. Nampaknya selepas kena banned dengan google adsense, blog aku terus disenaraihitamkan oleh google. Ingat ya, google. Dari apa yang aku baca, selepas di banned oleh google, URL blog kita akan dipaparkan sebagai tidak sah dan yang lebih teruk adalah:

All the bidders know that this site is banned by Google and they submit "No Bid" responses!

Sekali lagi. Apa perasaan korang bila baca? Sedih? Kecewa? Koyak? Apa lagi? Dan aku ada semua rasa tu. Blog yang aku bangunkan sejak tahun 2014 rasanya macam hancur macam tu je. Sedih weh! Sedih! Tapi apa nak buat, orang cakap nasi dah jadi bubur. Patutlah ramai orang cakap, jangan sampai kena banned, rupa-rupanya ini yang akan terjadi.

Apa pun, apakah hanya dengan google adsense sahaja rezeki anda akan sampai? Apakah Allah memberi rezeki pada anda hanya melalui google adsense? Mungkin ya jika ianya adalah salah satu punca rezeki kan? Tapi kata seorang rakan ni, jangan berharap pada 1 tu je. Jangan kerana dah kena banned, terus rasa malas nak buat duit lagi. Kena sentiasa percaya rezeki tu datang dalam pelbagai cara.

Aku memohon doa daripada rakan-rakan semua supaya aku lebih bersemangat dalam usaha buat duit online ni. Dan juga *kalau* ada rezeki untuk dapatkan semula akaun adsense ni. kalau ya! Dan dipermudahkan segala urusan aku untuk terus menuju kejayaan dalam usaha jana wang online ni. amin.

21 ulasan:

  1. Semoga tabah. Saya pun pernah mengalaminya.. Memang sedih la kan selapas usaha nak naik kan kualiti dan trafik blog tiba2 dapat mesej macam tu..

    Seminggu bercelaru.. huhu

    Harap rezeki ejoy berganda2 lepas ni. Saya akan support ejoy. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin. terima kasih ya sebab selalu support. :)

      Padam
  2. Bahaya kan, saya tak lulus lagi tapi berharap lulus lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah. senang je lulus kalau tahu caranya. :)

      Padam
  3. InsyaAllah...yakin setiap apa yang berlaku PASTI ada hikmah...betul...rezeki yang Allah beri banyak caranya..

    BalasPadam
  4. sabar bro . aku pernah kena banned gak tapi utk adsense youtube lah . kena 3 bulan . lepas tu dia okay balik . tapi tak sure untuk blog macam mana lak .

    alternatif, boleh try affiliate pulak .

    jangan putus asa .

    try apply pakai account lain . kot2 boleh ke kan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. tak putus asa dan dah ada strategi baru. hehehe.

      Padam
  5. mintak jauh dari kena banned.. tapi kenapa kena banned??

    BalasPadam
  6. Sorry bro , ni mungkin dapat bantu sebagai back up untuk adsense . :)


    1. http://www.stackbuddy.com/google-adsense-alternatives-disabled/
    2. https://stream-seo.com/best-google-adsense-alternatives/
    3. https://www.wpromote.com/blog/banned-from-google-adsense-monetize-your-site-with-these-adsense-alternatives/
    4. https://support.google.com/adsense/answer/57153

    kalau dah tahu, abaikan je ya . hehehe

    BalasPadam
  7. jadikan pengalaman.. hope aku pun tak terkena gak la..

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. boleh ke? jom smbung borak di whatapps. hehehe.

      Padam
  9. Sama lah..dah kena banned..nak dapat balik akaun tu susah..huhu...skrg cari altenative lain buat duit online..

    Admin www.kickstory.net

    BalasPadam
  10. Uyul baru approved nih. Risau jugak nihhh. Huwarghh.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.