BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU
BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU | Ahha! Ini segmen bukan sebarang segmen! Ini segmen datangnya daripada top blogger malaysia! Eh! Dah macam nak meniaga pulak! Hehe. Sebenarnya aku dah terlepas 1 segmen daripada abang ben. Dan kali ini macam ada peluang je nak join. Jadi apa kata kita cepat-cepat tulis! Sebab nak join segmen ni kita kena menulis panjang sikit. Tapi takpelah, sementara ada masa nak menulis ni kan? Dah sibuk esok, blog pun tah kemana. Ok! Jom tengok apa jawapan aku kepada persoalan yang di tanya Top blogger, Ben Ashaari ni.
Kenapa aku memilih
untuk jadi blogger?
Soalan paling top ni dan haruslah dijawab dengan lancarnya.
Bismillah. Kenapa aku memilih untuk jadi blogger? Kerana aku nak ada 1 ruang
untuk menulis. Aku suka menulis. Dulu aku suka menulis kat atas kertas, kat
kulit pokok, kat atas tanah, kat atas pasir pantai tapi tak semua kekal. Aku ada
diari. Yang aku tulis waktu aku tingkatan 3. Rasanya dalam tahun 2000-2003
macam tu. Lupa dah. Diari tu sampai sekarang ada. Tapi buku tu dah lusuh. Rasanya
tak lama dah. Sikit masa reput lah tu.
Dalam dunia serba moden ni, blog la yang aku rasa akan kekal
*walaupun tiada yang akan kekal dalam dunia ni kan? hehehe*. Dulu aku menulis
suka-suka. Sebab itu wujudnya bog ceritaejoy ni. Tapi bila dah lama duduk dalam
dunia blog ni * tak lama pun, mula tahun 2017* aku mula nampak skop blogging ni
luas. Bukan setakat tulis je. Tak gitu abang ben? Hehehe.
Dan apa yang lebih penting adalah, penulis blog itu adalah duta kecil kepada bahasa malaysia. Dalam kita sedar dan tak sedar, kita sedang mendidik ramai orang melalui penulisan kita.
Kalau penulisan kita menggunakan bahasa yang betul, maka
ramailah yang akan bercakap secara betul. Kalau sebaliknya, faham-fahamlah ye. Hehehe.
Blog tidak relevan?
Siapa cakap? Aku terus terang cakap aku tak setuju. Zaman sekarang,
mana-mana orang pun akan search kat internet. Dan apa yang keluar? Artikel daripada
blog. Memang benar orang cakap, facebook lagi hebat. Tapi bukan semua info
orang tulis kat facebook. Contohnya info mengenai kesihatan. Mereka taip sikit
je kat google, nah! Penuh penulisan blog yang keluar.
Jadi apa mungkin blog itu sudah tidak relevan?
Antara blog? Facebook?
Dengan Instagram?
Nak jawab jujur ni? Sungguh ke Abang ben? Baik. ini jawapan
saya:
Ketiga-tiganya punya kekuatan yang tersendiri dari segi pengiklanan produk. Tapi kalau akhirnya blog juga yang jadi pilihan. Kenapa?
Sama seperti jawapan saya yang kedua. Blog sahaja ruang yang
memboleh ramai orang tahu dengan lebih mendalam terhadap sesuatu produk. Selain
ianya kekal. Blog ni sebenarnya lebih kurang macam surat kabar je. Kalau kita
iklan dekat blog, iklan itu kekal. Dan kalau ianya hebat dalam SEO, iklan itu
bukan sahaja dilihat dalam negara sahaja, malahan hingga ke luar negara.
Bayaran pengiklanan yang rendah *berbanding iklan di tempat
lain* tetapi iklan anda dilihat nun jauh ke benua lain. Bukankah ianya sesuatu
yang hebat?
Blogger sekadar berani menulis? Keyboard warrior?
Ok. Soalannya apa blogger nak buat? Jawapannya buat tak
tahulah abang ben! Hahahaha. Pada saya mudah. Kenalkan diri kita pada pembaca. Setiap
orang pun punya pendapat sendiri Cuma orang cakap blogger ni keyboard warrior
sebab kita tulis dekat blog. Jadi susah sebenarnya nak tutup mulut orang. Yang penting
kalau kita menulis, cuba kaitkan atau letak sumber. Atau pun, kalau ianya
datang daripada pendapat kita, teruskan je. Ini negara demokrasi kan? Setiap
orang ada hak untuk bercakap. Asalkan jangan sentuh sensitiviti agama atau yang
boleh mengeruhkan keadaan. Ok?
Facebook dan Instagram.
Ahha! Part ini aku. Pada rakan-rakan yang nak add, boleh
search:
Facebook : www.facebook.com/ceritaejoy
Instagram : www.instagram.com/ceritaejoy
Selepas korang add, korang tinggalkan link ya! Aku nak add
juga. ok!
Baiklah. Rasanya inilah segmen yang buat aku tulis panjang. Hahaha.
kalau korang nak join, korang boleh klik pada banner di atas ya! tarikh tutup
sehingga malam ini sahaja. ok. Jom cepat-cepat join.
Setuju dengan semua point di atas. Kalai search google pun artikel dari blog yg keluar bukannya dari fb. And biasanya dekat fb orang tak tulis secara details macam yg ada dekat blog.
BalasPadamHye cekgu..hehehe
Padamsalam perkenalan
BalasPadamSalam singgah pagi...
BalasPadamDlu kan masa mula² belajar menulis di blog...
selalu dpt komen yg berunsur lucah, mcm² la..mase tu timbul rasa putus asa nak teruskan menulis di blog..Tapi lama ke lamaan, jari semua ketaq sebab x menulis..huhuhu..Alhamdulillah sampai hari ini nieyl menulis untuk diri sendiri dan mereka yg sudi membaca dan berkongsi ilmu bersama..:)