Pagi isnin yang suram.
Pagi isnin yang suram | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini masih lagi berkesempatan untuk menulis dalam blog ceritaejoy. Pagi isnin yang suram. Aku mulakan hari ini dengan pelbagai persoalan bermain dalam minda aku sekarang ni. Terlalu banyak yang aku fikirkan sampai tidur aku terganggu. Semua ini adalah kerana aku bakal bertukar department. Aduh! Yang sebenarnya aku masih lagi dalam proses untuk menerima perubahan ni.
Mulanya waktu diberitahu mengenai pertukaran ini, aku boleh
terima. Tapi bila aku ambil masa untuk berfikir tentang kerja baru aku ni, aku
jadi runsing. Baru aku nampak sesuatu yang pelik. Ada sesuatu yang tak kena
sebenarnya. Kerja aku tu sebenarnya sangat rumit! Kenapalah aku boleh tak
perasan benda tu. Inilah masalahnya kalau kita taknak ambil tahu benda lain dan
hanya fokus pada kerja kita.
Aku dah banyak kali sebenarnya pergi ke department bar utu. Dah
tengok pun kerja-kerja kat sana. Tapi aku takda usaha pun nak ambil tahu secara
mendalam. Jenis aku, kalau ianya tidak melibatkan aku, memang aku tak suka nak
ambil tahu. Tapi kali ini, bila aku yang terkena, memanglah aku kena ambil tahu
secara mendalam! Dan bila aku nampak benda ni, memang! Memang kerja ni satu
benda yang sangat rumit!
Dari semalam aku tak cukup tidur. Sebab fikir benda ni je. Sampaikan
dalam mimpi pun, terfikirkan kerja baru aku ni. Nampak tak macamana punya
stress aku fikir benda ni? Pagi ni aku pergi kerja, masih dalam mood yang sama.
Suram! Semua benda aku nampak suram! Dan memang aku ada merancang untuk jumpa
semula leader aku nak mintak dia tukarkan semula kerja aku. Atau aku nak minta
beri aku kerja lain.
Tak boleh! Memang tak boleh. Aku nampak kemampuan aku dekat
mana. Dekat level mana kepakaran aku ni. Kerja yang aku bakal terima ni, tak
sesuai dengan kemampuan aku sekarang. Aku takut aku tak mampu bawa je. Memang benar,
belum cuba, belum tahu kan? Tapi kalau kita dah nampak yang kita ni tak mampu,
takkan kita nak terima juga kan? Itu menjerut leher sendiri namanya.
Semoga ada perkhabaran gembira untuk aku hari ini. amin.
salam pagi....
BalasPadamala....yeke?sampai cmtu skali berfikir...
memang betul ianya bukan mudah untuk membuat perkara yang baru dan yang buka kepakaran kita. Sebab ianya akan effect selama kita bekerja dkt situ..semoga ade sinar harapan dan berita baik yg akan di terima....Ameen..
Terima kasih ya nieyl sebab selalu singah dan beri kata-kata semangat. :)
Padamdon't worry too much..
BalasPadammcm ni la adat bekerja,
ada masanya 'dipaksa' tukar angin...
hope everything gonna be fine.
cheers.
kadangkala benda tu jadi cabaran, memangla bila kita bertukar tempat tu ada juga cabarannya kan. tapi kalau pay dia worth it, why not go for it. kalau so-so je itulah kena fikir banya kali. anyway try buat istikharah juga, dan buat benda yang kita passion akan lebih semangat
BalasPadamWaalaikumsalam.
BalasPadamMemang macam tu. Saya pun ada masalah macam tu kalau berhadapan benda baru. Kira lama baru saya dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Bila dah biasakan diri, kerja pun jadi produktif.
Kalau nak suka dengan department baru tu, banyakkan benda2 yang kita suka seperti artis atau makanan. Lepas tu banyangkan benda tu ada di setiap meja kerusi dan lantai atau pun di siling.
Ulang setiap hari. Pasti menjadi.