Inilah sebabnya kenapa ikan koi boleh hidup di dalam longkang di jepun.
Inilah sebabnya
kenapa ikan koi boleh hidup di dalam longkang di jepun | Fuh! Panjang tajuk
aku kali ini. Sebenarnya bukan apa, tetapi teruja bila seorang rakan kongsikan
gambar ikan koi berenang-renang dalam longkang, aku ulangi sekali lagi, dalam
longkang di jepun. Dan seperti biasanya, pasti akan ada perbandingan dengan
longkang di malaysia. Adeh! Katanya, kalau tak mati ikan tu, dah tentu orang
akan sauk dan bawak balik rumah bela. Hahaha. Apa pun, aku dah tahu dah kenapa
ikan koi boleh hidup di dalam longkang di jepun.
*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini
Kalau kita tengok balik, air dalam longkang di sana tak ubah
seperti air sungai. Kalau setakat air sungai je takpe, tapi punyalah bersih! Bersih
sangat! Jadi macam rasa peliklah kenapa boleh bersih macam tu. Bukankah air
yang digunakan dekat rumah di salurkan ke dalam longkang sama seperti kita di
sini. Kalau bersihkan laman parking dekat rumah tu, kemana perginya air tu? Ke longkang
la kan? Jadi orang jepun ni tak basuh kereta ke? Tak basuh laman ke? Tak basuh
pingan mangkuk ke? Ha? Ha?
Dekat situlah bezanya pemikiran orang sana. Mereka tak
lepaskan semua sisa-sisa itu ke dalam longkang. Dan bukannya bermaksud,
longkang mereka bersih, mereka tak mencuci apa-apa dekat rumah. ahha! Di
sinilah rahsia kenapa ikan koi boleh hidup senang lenang walaupun dalam
longkang di jepun.
Kalau kita tengok gambar dekat atas, kita dah boleh nampak
air yang digunakan tidak disalurkan terus ke dalam longkang atau parit. Sebaliknya,
perlu melalui pelbagai proses sebelum dilepaskan semula ke sungai. Jadinya,
hanya air bersih dan air hujan sahaja yang ada di dalam longkang di sana. Fuh! Patutlah
ikan koi gemuk-gemuk kan?
Sebelum itu, setiap penghuni rumah disana perlu membayar kos
untuk kumbahan ya. Bayaran adalah mengikut jumlah air yang digunakan di rumah
mereka. Kalau banyak, maka banyaklah mereka kena bayar. Kalau sedikit, sikit la
mereka bayar. Tapi setahu aku, orang jepun ni jimat-jimat. Tak macam kita dekat
sini, air paip buka, lepas tu sabun badan, gosok gigi, shampoo kepala baru
sambung mandi balik. Hahahaha.
Jadi, sekarang dah tahu kan kenapa ikan koi boleh hidup di dalam longkang di jepun? Semuanya berpunca
daripada sikap kita sendiri. Rasanya kalau ada sistem ni dekat malaysia, tapi
kalau kita masih buang semua benda dalam longkang, letak ikan puyu pun, ikan
puyu mati. Hehehe. Apa pun, benda ni sangat bagus untuk alam sekitar. Semoga ada
sistem ini 1 hari nanti di malaysia. Amin. Hehe.
memang..saya telah melihat dengan mata sendiri...
BalasPadamHebat la sistem peparitan mereka. Memang sesuai dengan culture(budaya mereka). Bukan nak bandingkan.. Sesetengah negara bukan je ada ikan koi dalam longkang, siap ada bayi lagi..
BalasPadamFuhh canggih kan
komen ni paling win..hehehehe.
Padamhuhu komen ni tak tahu nak like ke apa. tapi memang sedihla.
Padamnegara bukan islam lebih islamik kan.
haha.. kat Malaysia ni... nyamuk pun tak lalu nk buat telur.. apatah lagi berudu kan..
BalasPadamjepun.. x pernah tak buat saya kagum..
BalasPadamMalaysia kena belajar cara mereka.Disiplin dan kebersihan tahap paling tinggi mereka ni.
BalasPadamimpian nak ke jepun belum tercapai. kalau pergi nanti boleh tengok ikan koi
BalasPadamNegara yang bukan Islam lebih mementingkan kebersihan. Memang mentaliti 20 tahun ke hadapan dari pemikiran rakyat kita
BalasPadam