Bakal bertukar department

Mac 03, 2017
Bakal bertukar department

Bakal bertukar department | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih lagi berkesempatan untuk menulis dalam blog ceritaejoy ni. Nampaknya tahun 2017 semakin menunjukkan cabaran pada aku. Selepas beberapa masalah yang aku hadapi pada awal tahun, kini aku mendapat perkhabaran baru. Aku bakal ditukarkan ke department baru selepas 11tahun berada dalam department yang sama! Aduh! Rasa sayang pula nak tinggalkan department ni, tapi kata orang, sampai bila nak berada pada tahap yang sama? Betul tak?

*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Bertukarnya department ini tidak bermakna aku naik pangkat. Itu aku kena beritahu awal-awal. Kalau mereka yang dah lama bekerja di kilang besar di alor gajah Melaka ni, tahu lah apa yang aku cuba sampaikan. Terlalu susah untuk naik pangkat dekat sini. Aku sendiri tidak naik pangkat walaupun dah bekerja hampir 11 tahun dekat sini.

Kenapa aku bertukar department?

Ceritaejoy macam ini. Aku ditukarkan ke department baru untuk mengantikan seorang pekerja yang berhenti kerja. Kenapa dia berhenti? Mungkin disebabkan tekanan kerja. Dan kenapa aku yang ditukar? Kerana kerja yang dibuat pekerja yang berhenti ni sama dengan kerja yang aku buat sebelum ni.

Aku mulanya berada di production line. Kemudian masuk ke dalam bahagian document. Menguruskan document yang memudahkan pekerja buat kerja. Ha. Lama juga aku dalam bahagian document ni. rasanya dalam 7 tahun juga. Kemudian aku bertukar kerja baru dan kini, aku dihantar semula ke department baru untuk buat semula kerja lama.

Kalau nak diikutkan, memang nampak macam tak berkembang je. Tapi sebenarnya tidak! Kalau sebelum ini aku banyak bermain dengan komponen atau part-part yang besar, sekarang ini aku akan banyak bermain dengan part-part yang kecil dan yang aku sendiri tak pernah tahu rupa dia macam mana. Sememangnya satu cabaran yang besar buat aku.

Dalam kepala aku sekarang ni memang tengah bercampur aduk perkara negative dan positive. Namun, aku selalu teringat kata-kata yang meminta kita melihat setiap perkara dengan pemikiran yang positive, walaupun sedang melihat perkara yang negative. Jadi, melihat dari sudut yang positive, perkara ini akan memberikan aku suasana kerja yang baru dan pengalaman yang baru. Dan sudah pastinya pengalaman aku akan bertambah.

Namun dalam setiap kebaikan, pasti akan ada sesuatu yang perlu aku tinggalkan. Aku melihat masa untuk aku menulis dalam blog ceritaejoy akan berkurangan. Dan akan banyak masa aku di pejabat! Arghh! Tiba-tiba tension datang balik. Fuh! Fuh! Aku percaya, tahun 2017 adalah tahun permulaan kepada kejayaan dalam hidup aku. insyaAllah. amin.

4 ulasan:

  1. Salam Jumaat ejoy,

    Selamat bekerja di Dept baharu.. Mana2 tempat pun sama, susah naik gaji / pangkat. Jadi kita kena suka apa yg kita buat.. Selalu cari peluang untuk belajar perkara baharu, itu yg LZ buat supaya x bosan..

    By the way, semoga terus success 👍..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye LZ.. terima kasih ya. rasa bersemangat terus lepas baca komen ni. hehehe

      Padam
  2. moga di permudahkan semua nya. jangan stress stresss :D

    BalasPadam
  3. selamat maju jaya , yes mana-mana tempat pun susah naik gaji/pangkat..bonus pun ikut jasa baik company hehehe...kita buat kerja kita dengan betul dah cukup..dont care org lain

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.