Facebook pula kena blocked!

Mac 12, 2017
Facebook kena blocked

Facebook pula kena blocked! | Aduh! Dah kenapa dengan tahun 2017 ni? Lepas satu, satu benda datang! Baru nak refresh minda aku ni daripada masalah lepas, datang pula benda baru! Aduh! Ini betul-betul nak reset minda aku ni. Yang terbaru, baru je semalam. Facebook aku kena blocked! Arghh! Kenapa kau blocked FB aku en mark oi. Adeh!

*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Ceritaejoy macam ni. aku tengah buat kerja. Setting bisnes kecil-kecilan dekat fb dan Instagram. Waktu tu jam 0400. Sunyi sepi. Rasanya aku je yang belum tidur waktu tu dekat taman aku *eh! Yeker?* Bila dah siap setting dekat FB, aku beralih ke Instagram. Waktu tengah buat kerja kat Instagram, tiba-tiba dapat mesej suruh aku logout messeger. Bila dapat je mesej macam tu, aku tahulah yang facebook aku dah kena blocked. Macamana aku tahu? Sebab aku dah pernah kena sekali macam ni!

Aduh! Bila bukak je facebook. Memang kena blocked! Apa yang aku paling tak suka, bila kita kena kenal pasti rakan dekat Facebook! Bayangkan, dalam 10 orang yang dia tunjukkan, aku Cuma kenal 2 je. Yang lain tu aku tak kenal! Memang aku main teka jelah time tu! Waktu aku kena sekali dulu, benda yang sama jugalah. Selamat yang aku teka tu betul, kalau salah macam mana? Ni kena lagi!

Bila dah jadi benda macam ni, apa yang muncul dalam minda aku sekarang ni, bila aku dapat je akaun aku balik, aku terpaksa, aku ulangi, aku terpaksa kenal pasti rakan-rakan yang betul-betul nak jadi rakan. Yang sama minat atau sama bidang. Jika bukan daripada itu, aku akan delete. Takpalah kalau aku Cuma ada 300 je rakan dekat Facebook tu.

Kenapa facebook boleh kena blocked?


Baik. Aku sendiri cari benda ni dekat google. Kenapa facebook boleh kena blocked. Banyak sebenarnya sebab kenapa boleh jadi macam ni. Aku Cuma senaraikan sebab-sebab yang mungkin ada kaitan dengan apa yang aku buat ya.

  • Mungkin aku dah terlalu aktif sangat beriklan. Kena tahu, facebook memang tak suka orang berniaga dalam laman dia. Facebook ni media sosial untuk cari ilmu dan rakan. Jadi kalau kita nampak sangat macam nak berniaga dalam tu, confirm! Kena blocked! Hahaha.
  • Yang keduanya, facebook ingat kita ni robot. Eh! Jangan tak tahu ya, ramai orang yang gunakan robot dekat facebook tu. Ceritaejoy macam ni, aku rasa en mark ni ingat aku ni robot sebab aku ada buat group baru. Dan dalam masa tak sampai setengah jam, dah ada 300 orang dalam group tu (rakan faceebok yang aktif). Mungkin sebab tu kut! Eh! Yeker? Rasanya jumlah tu kecik sangat. Ada orang buat dalam masa beberapa minit je, tiba-tiba rakan jadi sampai 3K. Tapi tak pastilah samada mereka ni aktif ke tak.
  • Yang ketiga, guna hakcipta orang lain. Alah. Benda ni biasalah dekat facebook tu. Tapi aku kalau nak guna gambar, aku memang tak suka nak cari gambar yang ada tulis apa-apa dekat gambar tu atau yang berkaitan dengan apa-apa. Aku suka cari gambar yang universal. Tapi biasalah, akan ada secara tiba-tiba orang yang mengaku tu gambar dia. eh! Gambar tu aku cari dekat internet lah!

Rasanya itu je kut 3 perkara yang buat facebook aku kena blocked. Bila aku cari-cari balik info, katanya, kebiasaan facebook akan blocked 3 hari. Jadi terpaksalah aku tunggu. Bila dapat je akaun aku nanti, perkara pertama yang aku nak buat adalah, delete orang. Kemudian nak cari admin baru dalam group baru aku tu. InsyaAllah. semoga rezeki aku dan korang akan bertambah selepas ini. amin.

5 ulasan:

  1. benda sam jadi kat saya jugak...annoying gila time tu...

    BalasPadam
  2. jm pun kena berhati-hati takut fb kena block

    BalasPadam
  3. Fb saya tak kena blocked tapi saya tak boleh dah nak post apa2 kat group. Sediih dah tak dapat promote entri baru..

    Rasa nak give up je blogging :(

    BalasPadam
  4. sabar ye bro ejoy In Shaa Allah ada jalan penyelesaiannya :)

    singgah http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/sunshine-blogger-award.html

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.