The Sticks Eco-Resort Khas buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota!
The Sticks Eco-Resort Khas buat
mereka yang ingin lari dari kesibukan kota! | Lewat ni, aku memang gemar
dengan lokasi percutian yang jauh daripada kesibukan kota. Mungkin juga kerana
aku sudah lama tidak bercuti yang membuatkan hati ini mudah jatuh cinta dengan
lokasi percutian berkongsepkan alam rimba! Baru ini, aku berkenalan dengan 1
lagi lokasi percutian yang sangat menarik! Ayuh kita berkenalan dengan The Sticks,
Kuala Kubu Bahru!
Terletak jauh di dalam hutan di Kuala Kubu Bahru, di daerah
hulu Selangor. Lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang bosan dengan konsep percutian
hotel dalam bandar ataupun percutian tepi pantai. Disebabkan ianya terletak
agak jauh ke dalam hutan, lokasi ini agak “tersorok” daripada laluan utama. Namun,
ada “sesuatu” yang akan menyambut kedatangan kita di sana!
Ianya adalah laluan jambatan gantung! Ahha! Untuk sampai ke The
Sticks, Kuala Kubu Bahru ini kita perlu melalui 1 titian gantung! Amacam? Menarikkan?
Sudah tentu ianya adalah 1 pengalaman paling bermakna buat kita!
Ok! Apa yang menariknya di sini? Seperti biasa, kalau
setakat bercuti sahaja di dalam hutan tanpa ada aktiviti menarik sudah tentu
ianya tetap suatu perkara yang bosan kan? Tapi nanti dulu, diantara aktiviti
yang kita boleh buat dekat The Sticks, Kuala Kubu Bahru ini adalah:
JUNGLE TREKKING.
Ada 2 pecahan jika kita nak join jungle trekking ni. Yang pertama
adalah beginner jungle trek iaitu khas buat mereka yang ingin rasa “santai”
dengan jarak masa lebih kurang 45 minit. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 7
tahun keatas dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja! Diantara laluan yang menarik
adalah “river crossing”! ahha!
Kemudiannya, adalah serious jungle trek! Dengan jarak
perjalanan lebih kurang setengah hari ianya memerlukan stamina yang lebih
daripada anda! Ini adalah kerana, untuk menyertai aktiviti ini dengan bayaran
sebanyak RM50, ianya memerlukan kita siap dengan trekking shoes dan backpack!
Water Rafting & Paragliding.
Selain itu anda juga boleh sertai aktiviti water rafting. Dengan
jarak masa lebih kurang 3-4jam, anda bakal melalui pengalaman yang mendebarkan!
Dengan bayaran sebanyak RM250 serta lengkap dengan makan tengahari dan
pengangkutan! Atau kalau tidak berminat bermain dengan air, apa kata bermain
dengan angin? Ada aktiviti Paragliding dengan bayaran RM280 yang ditawarkan di
sini!
Dengan kadar bayaran *RM120* semalam, The Sticks, Kuala Kubu
Bahru sememangnya lokasi percutian rimba terbaik untuk korang! Jadi apa tunggu
lagi, jom ajak kawan ramai-ramai bercuti kat sini dan rasai pengalaman berbeza
daripada percutian lain. Kalau berminat atau ingin merancang percutian kat
sini, korang boleh hubungi pihak resort dengan:
Email : bookings@thesticks.my
Lot 213 Jalan KKB -
Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia
Website : http://thesticks.my/v2/
Website : http://thesticks.my/v2/
Tags : Lokasi Percutian Dalam Malaysia, Lokasi Percutian Menarik Di Malaysia, The Stick Kuala Kubu Baru, Percutian Dalam Malaysia Yang Best, Tempat Bercuti Di Malaysia, Lokasi Percutian Di Selangor, Tempat Percutian Di Hulu Selangor, Percutian Dalam Hutan Malaysia, Percutian Di Dalam Hutan, Tempat Percutian Dalam Hutan
Menarik ni...
BalasPadamarea selangor je pun kan...
jimat masa dalam perjalanan yang panjang... :)
itu yang penting..jimat masa..hehehe
PadamAktiviti luar dia memang jenis yang aku suka. Ada masa nanti nak try datang sini jugak. Nak test yang jungle trekking santai-santai tu dulu.
BalasPadamyup. boleh cuba yang santai-santai dulu..:)
PadamMenarik dan harga pun murah, boleh pergi ni kalau ada masa terluang hihi. btw sy bw dan follow blog ni ya. jemputlah melawat blog baru saya.
BalasPadamboleh beri url blog tak tuan?
PadamWow! tempat menarik dengan harga jimat..i like :)
BalasPadam