Berhenti sebar gambar anak syurga mangsa kelar ibu sendiri!

Februari 06, 2017
Berhenti sebar gambar anak syurga mangsa kelar ibu sendiri!

Berhenti sebar gambar anak syurga mangsa kelar ibu sendiri! | Memang viral ketika ini kisah ibu yang mengelar mati bayinya sendiri. Macam-macam cerita yang kita dengar, dari suara bisikan yang suruh bunuh anak dia, daripada rasukan, dan banyak yang mengaitkan gejala meroyan! Apa pun ianya merujuk kepada perkara yang sama. Namun benda dah jadi dan ibunya kini sedang dalam siasatan polis.

Siapa pun, kalau dengar atau baca berita ni akan marah! Sanggup seorang ibu memperlakukan anak yang dikandungnya sedemikian rupa! Entah kegilaan apa yang melanda sang ibu. Namun, siapa yang benar-benar tahu cerita sebenar? Siapa yang benar-benar tahu setiap dari apa yang berlaku? Aku tak mahu ulas panjang mengenai hal itu, namun ada sesuatu yang ingin aku katakan dalam blog ceritaejoy ini.

Kenapa masih ramai yang kongsikan gambar anak syurga yang menjadi mangsa kelar tu?

Aku memang sehingga ke hari ini masih kurang jelas dengan tindakan ini. Kenapa mesti kongsikan gambar macam tu? Tengok sahaja dekat facebook, berapa ramai yang kongsikan gambar anak syurga tu. Tanpa ada cover langsung. Jelas semua yang ada! Tak terkesan langsungkah dalam hati kalian?
Aku yang ternampak pun akan cepat-cepat cari cerita lain atau terus tutup gambar tu macamana pula dengan mereka yang kongsikan gambar anak syurga tu. Apa yang kalian rasa? Mungkin ada sesuatu kepuasan yang mungkin kalian dapat bila terus-terusan kongsi gambar tu.

Hati siapa yang tidak sedih bila tengok gambar macam tu, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Tambahan lagi, ianya masih dikongsikan sehingga ke hari ini. Aku benar sangat kurang jelas dengan tindakan ini. Cuba bayangkan jika gambar yang dikongsikan itu adalah orang yang kalian kenal, apa perasaan kalian?

Aku berharap sangat agar akan ada 1 usaha untuk menghentikan perkara ni. Memang sangat sedih bila tengok keadaan anak syurga tu. Kita semua tak tahu cerita sebenar. Pasti ada sebab yang sangat kuat kenapa sang ibu sanggup memperlakukan anak sendiri macam tu. Apa pun, tempatnya pasti disyurga Allah. Allahurabbi..

4 ulasan:

  1. kak ana setuju sangat dengan Ejoy, kak ana yakin naluri seorang ibu yang normal tak mungkin mampu melakukan seperti itu, Hanya Allah swt sahaja yang tahu segalanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan apa, rasa sedih pulak bila tengok gambar bayi tu. tak faham kenapa orang masih sebarkan gambar anak syurga tu. hmm

      Padam
  2. Sedih.. ibu dia sampai sekarang masih tak sedar anaknya dah takde.

    BalasPadam
  3. Nieyl x sampai hati nak tgk...
    yela..please stop viralkan gambar anak syurga itu...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.