Siapa Selva Kumar?

Februari 07, 2017
Gambar selva kumar terbaru

Adakah ini Selva Kumar?

Siapa Selva Kumar? | Yang sebenarnya, aku pun tertanya-tanya juga siapa Selva Kumar ni. Kenapa dia sampai diharamkan untuk masuk ke negeri sabah? Pasti ada suatu kesalahan besar yang dia dah buat. Kalau tak, tak kan sampai macam tu sekali hukuman dia kan? Lepas mencari info, barulah aku tahu kenapa dia dikatakan sangat bahaya! Baca lanjut mengenai Siapa Selva Kumar!

Selva Kumar adalah rakyat malaysia dan baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Toronto, kanada! Tempoh itu bukanlah 1 tempoh yang singkat! Dan tahu kenapa dia dijatuhkan penjara selama itu? Kerana dia telah didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita! banyaknya! Dan kini, selva telahpun berada dinegara ini!

Mengikut apa yang aku baca, kerajaan Canada tidak membenarnya selva untuk terus berada di negara itu sebaliknya meminta selva untuk pulang ke negara asal. Menakutkan! Kerana katanya lagi, apa yang merisaukan adalah, “kemungkinan” untuk dia kembali melakukan kesalahan lampau!

Kalau baca berita hari ini, ramai petugas media yang menunggu ketibaan selva kumar di lapangan terbang antarabangsa. Dan semua daripada mereka hampa kerana selva dikatakan telah menggunakan laluan keluar penerbangan domestic! Erks! Sampai sahaja ke malaysia, petugas media dah tak boleh cari sebab dia guna laluan lain. Hmm. Selva kumar dikatakan berasal daripada pulau pinang.

Ramai sebenarnya yang meluahkan rasa bimbang dengan kepulangan selva kumar ini. Yelah, dia boleh pergi kemana sahaja kecuali sabah kerana sabah telahpun mengharamkan dia untuk masuk ke negeri itu. Namun, pihak polis malaysia sudahpun mengambil keterangan daripada bekas persalah ini dan memberi jaminan untuk terus memantau segala aktiviti beliau di negara ini.

5 ulasan:

  1. Jika dia sudah berubah wajarlah diberi peluang kedua. Tetapi dari beberapa cerita mengenai dia, seperti high possibility untuk jenayah berulang, tak tahu lah kesahihan cerita. Hmmm, hanya Tuhan yang mengetahui. Jaga diri bagi perempuan, tapi elakkan juga diri dari judge dan menghentam dia lagi.

    BalasPadam
  2. kene beri peluang..mungkin die dah btul2 berubah..tp entahla

    BalasPadam
  3. kadang-kadang bila kita terlalu mengharap dan mempercayai orang yang pernah melakukan kesalahan besar seperti ini seringkali harapan tersebut menjadi senjata memakan diri kita sendiri. Bagi kami yang mempunyai anak cucu amat risau dengan keadaan sekarang yang amat 'tidak selamat' tambahan pula manusia seperti ini berada di kalangan kita dan keluarga kita

    BalasPadam
  4. camkan muka orang ini dan berhati-hati bila anak-anak kita berada diluar rumah, nasihat saya kunci pintu pagar dan minta pihak polis membuat pemerhatian yang lebih ke atas manusia seperti ini

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.