Aku yang cuai.
Aku yang cuai! | Itu yang banyak orang cakap! Aku ni cuai! Dan
memang aku akui, kadang-kadang aku terlepas pandang pada banyak perkara. Aku sejenis
manusia, kalau fokus pada 1 benda, aku memang akan “terlupa” pada perkara lain.
Teruk tak aku? Ceritaejoy pasal cuai macam ni, sekejap tadi, aku kena keluar. Pergi
ke suatu syarikat atas urusan kerja. Dekat je syarikat tu dengan tempat kerja
aku.
Nak dijadikan cerita, cuaca dah pun gelap menandakan hari
nak hujan. Jadinya, sila angkat jemuran, hujan nak turun! Adeh! Jadi aku
bergegaslah nak keluar memandangkan aku hanya menunggang motosikal. Kalau jalan
berlengang sahaja ok lagi, tapi dengan laptop semua, memanglah aku jadi risau. Mahunya
hujan lebat secara tiba-tiba? Tak bertakung beg aku tu nanti?
Aku seorang lelaki kacak berkaca mata. Siapa lagi nak puji
aku kan? Hebatnya aku, aku tak suka pakai spek mata pada siang hari. Kan dah
cerah dengan cahaya matahari, kenapa nak pakai spek lagi kan. Jadi aku sisipkan
cermin mata tu dekat bahagian kiri lengan sado aku ni. Elok terletak dekat
situ.
Nak ditambah ceritaejoy ni, dalam perjalanan, hujan pun
turun, rintik-rintik. Ini menandakan aku perlu melanjutkan kelajuan motosikal
aku ni sama taraf dengan kelajuan motogp. Serius! Hujan kan? Mana-mana
penunggang motosikal pun kalau hujan dah rintik-rintik memang mereka akan
cepat-cepat cari tempat berteduh. Lain dengan rider macam aku ni, memandangkan
lokasi yang aku nak pergi tu dekat, jadi aku kenalah lajukan sikit kenderaan
aku tu.
Alhamdulilah. Aku selamat sampai. Tak lama lepas tu, betul
tak lama. Aku siap letak motor dengan kemas semua, hujan turun dengan lebatnya!
Sangat lebat siap dengan petir! Pokok-pokok renek hampir menyembah bumi dek
kerana angin kuat! Boleh bayangkan hujan yang turun tu macam mana? Basah jugak
baju dengan tubuh aku kena tempias air hujan!
Dalam pada tu aku baru perasan 1 benda. Mana spek mata yang
aku sisipkan dekat lengan sado sebelah kiri aku tadi? Dah takda dekat tempat
dia!! ha?? Memang haru biru aku sekejap! Aku cuba cari-cari dekat area parking
tu, tapi takda! Ikut hati memang aku nak start motor dan keluar cari, tapi
hujan pulak sangat lebat! Aduh!
Lama jugak aku dekat parking motosikal tu, berdoa agar hujan
berhenti untuk seketika. Aku Cuma risau kalaulah spek mata aku tu jatuh tengah
jalan dan kena lenyek dengan lori ke, kereta ke! Macamana aku nak menghadapi
hari-hari ku selepas ini? Sungguh aku tak henti-henti berdoa. Memang aku risau
sangat-sangat spek tu kena langgar.
Antara percaya atau tidak, hujan mulai reda. Angin kembali
bertiup perlahan. Seakan-akan ada “signal” yang meminta aku untuk cepat keluar
mencari cermin mata aku tu. Alhamdulilah! Syukur sangat. Walaupun hujan masih
renyai, aku gagahi juga untuk keluar dan mencari cermin mata aku tu. Kalau tidak,
aku terpaksa pulang dalam keadaan gelap di tambah lagi dengan kegelapan malam.
Fuh! Tahu dekat mana aku jumpa cermin mata aku? Betul-betul
depan pintu masuk syarikat tu! Syukur sangat-sangat sebab takda kenderaan yang
lalu waktu tu, cuba bayangkan kalau ada kereta yang masuk waktu itu? Tak ke
pecah seribu hatiku. Bila mengenangkan cermin mata yang jatuh atas kecuaian aku
tu.
Aku daripada tadi mengucapkan syukur. Mesti ada hikmah yang
Allah nak tunjuk pada aku tu. Sebabnya aku memang biasa letak cermin mata dekat
sebelah kiri lengan baju aku tu, tapi kenapa baru harini dia jatuh? Dan kenapa
juga dia jatuh dekat je dengan tempat aku letak motosikal dan sekali lagi,
tiada kenderaan yang lalu ketika itu. Aku pasti, mesti ada hikmahnya. Apa pun
aku rasa syukur sangat!
Alhamdulilah.
ingatkan terjatuh tengah jalan ke apa tadi. nasib baik jumpa juga cermin mata tu. kalau tak menangis la cermin mata hilang hehe.
BalasPadamitulah..takut juga sebenarnya kalau kena lenyek ke apa..bukan murah cermin mata tu..adeh..
PadamAlhamdulillah... Fiuhhh gigih baca cuak jugak kot spec tu terjatuh dan berkecai... APa pun bersangka baik dengan perancangan ALlah..
BalasPadamJemput singgah : www.ummizarra.com
yup..jangan terus menyalah..pasti ada hikmahnya..kan?
Padam