Mahu belajar teknik penulisan blog terhebat secara Percuma?
Seperti yang aku ada beritahu awal tadi, semua orang mampu
memiliki blog sendiri. Mungkin mereka rasa jadi blogger ni glamor. Dapat invitation
sana sini. Selalu dapat review produk. Dapat bayaran lagi dan yang paling
menyeronokkan dapat melancong secara percuma. Itu yang mereka nampak. Namun apa
yang mereka tidak tahu adalah, tidak
semua blogger mendapat peluang sebaik itu. Tidak semua.
Dan yang paling penting, apa yang perlu semua orang tahu
adalah, mereka juga bukan bermula dengan nasib. Mereka bermula dari saat tiada orang
yang tahu siapa mereka. Membangunkan blog secara berterusan hinggalah sampai ke
tahap tertinggi. Untuk sampai ke saat itu, bermacam dugaan yang mereka tempoh. Kena
selalu ingat yang kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya dan dengan mudah.
Ok?
Mahu belajar teknik penulisan blog terhebat secara Percuma?
Oklah. Hari ini aku cuba untuk kongsikan beberapa teknik
atau tips penulisan blog yang betul. Yang boleh kita semua aplikasikan. Ianya adalah
secara percuma. Hanya memerlukan kesungguhan korang untuk belajar dan terus
belajar. Sebabnya, kalau keluar yuran bayaran pun, kalau hati tak mahu usaha,
tidak ada gunanya juga, betul tak?
Oklah. Mungkin ini juga perkongsian
rahsia bagaimana top blogger mencapai kejayaan mereka. Tidak semua perkara
mereka akan kongsikan dengan pembaca mereka. Namun, adakah korang sedar yang
semua rahsia itu ada dalam blog mereka? ahha! Hari ini aku akan kongsikan dengan
korang. Baca dengan hati yang terbuka kerana ingin mencari ilmu ya. J
Baiklah. Bagaimana ingin
menjadi penulis blog yang berjaya dan hebat? Jawapannya adalah, mengikut
blogger yang berjaya dan hebat juga. ha? Ya! Ikut sahaja mereka. Soalan aku,
siapa top blogger yang korang kenal? Kalau di tanya pada aku, aku lebih suka
baca penulisan Denaihati, hasrulhassan,
en titan, bro framestone, ben ashaari dan macam-macam lagi yang kalau aku
tulis mahu sampai 1000 patah perkataan nanti.
Dan bagaimana ingin tahu teknik penulisan yang betul? Cara penulisan
SEO yang betul? Mudah sahaja. Tengok cara blogger-blogger ini menulis dan
meletakkan “keyword” dalam penulisan mereka. Sebab itu aku cakap tadi, kena
melihat dengan mata hati. Hahaha. eh, ada cakap ke tadi? Lupa dah. Cuba ambil sedikit
masa dalam 1 hari tu, blogwalking ke blog-blog yang korang tahu tu, dan lihat
cara mereka menulis.
Tengok tajuk dan perhatikan keyword yang mereka gunakan. Tengok
juga dekat mana lokasi keyword itu diletakkan. Dan berapa patah perkataan. Dan tags
yang mereka gunakan. Itu semua mempengaruhi penulisan blog yang terhebat. Dan sebab
itu jugalah, apa sahaja yang mereka tulis, dengan mudahnya berada dalam engine
carian.
Sekarang dah tahu kan macamana nak menulis dengan cara yang
betul? Aku kongsikan cara percuma dan mudah. Cuma perlukan kerajinan korang
sahaja. Lagipun, besar kesannya jika korang rajin blogwalking ke blog mereka
dan tinggalkan komen dekat situ. Ok? Kalau nak yang lebih hebat, kenalah keluar
modal sikit dan belajar secara personal dengan mereka. Itupun kalau mereka mahu
luangkan masa untuk mengajar la. Hahahaha.
wahhh...baiknya hati...
BalasPadamAlhamdulillah..ilmu yg free itu pun banyak manfaatnya tau...
TQ...
Betul tu...
BalasPadamPerkongsian yg baik.. boleh dipraktikkan... thanks..
Thank you..
BalasPadamBest baca... Tq for info..
BalasPadamMasih lagi merangkak macam mana nak susun ayat bagi orang tertarik nak membaca. Banyak gak tengok hasil penulisan bro HH.
BalasPadamJemput dan singgah sini:
https://ariazir.blogspot.my/
Betul, sekarang masih merangkak-rangkak lagi untuk belajar perbaiki penulisan.
BalasPadamthanks.. tips yg sgat membantu sebenarnya tetapi bab keyword tue sampai skrg masi lemah lagi huhu
BalasPadam