Glamping di Caravan Serai : Khas untuk mereka yang sukakan percutian dalam khemah!
Bercerita pada awalnya, aku ingatkan lokasi ini bernama Glamping bentong Pahang. Jadi puaslah
aku cari dalam google. Rupa-rupanya, salah! Nama sebenar tempat yang menjadi lokasi
pengambaran itu adalah Caravan serai. Ahha! Jadi kalau korang nak search,
korang gunakan nama yang sebetulnya ya! hehe.
Baca Juga : IMPIKAN PERCUTIAN DI HANGING GARDENS OF BALI!
Sebelum itu, apa maksud
sebenar Glamping ni? Glamping membawa maksud mereka yang gemarkan percutian
berkonsepkan alam semulajadi. Glamping dengan camping sama ke? Yang sebenarnya
sama je Cuma camping tu lebih kepada kongsep perkhemahan biasa. Berbeza dengan
glamping, ianya lebih selesa. Walaupun berkongsepkan percutian dalam khemah,
namun ianya lengkap dengan pelbagai kemudahan lain. Contohnya, ada katil siap
dengan tilam empuk, kipas, rak kasut, ha! Apa lagi? Peti ais, telivisyen. Hahaha.
Yang sebenarnya, glamping ni dah terkenal dekat luar negara
sana. Cumanya dekat malaysia ni, ianya masih belum diketahui ramai. Apa pun,
ianya memang sangat menarik dan mesti cuba untuk semua pencinta alam semula
jadi! Ok? Orait! Jom kita tengok-tengok lokasi di antara lokasi glamping yang menarik di malaysia : Caravan serai!
Glamping di Caravan Serai : Khas untuk mereka yang sukakan percutian dalam khemah!
Orait. Terletak di bentong Pahang, lokasi percutian ini
memang benar-benar berkongsepkan alam semulajadi. Suka betul aku tengok suasana
hutan waktu pagi tu. Berkabus je. Tapi biasalah kita orang melayu, kalau tengok
lokasi gambar macam dekat bawah ni, apakah perkara pertama yang muncul dalam
minda korang? ha, jawab ikhlas ya! tolong. Haha.
Memandangkan ianya berkongsep glamping, jadi adalah lebih
bermakna jika kita mengambil percutian dalam khemah dan melakukan
aktiviti-aktiviti yang sememang sangat menyeronokan! Jom kita tengok dulu
gambar-gambar percutian khemah yang di tawarkan di Caravan serai bentong Pahang
ni.
Baca juga : 11 HOTEL TERBAIK DI BANGKOK, THAILAND
Hati aku cukup tertarik dengan anak sungai yang mengalir
dalam kawasan percutian ni. Barulah nampak percutian semulajadi kan? Terdapat
juga kolam yang airnya melalui pemerhatian kasar aku adalah juga daripada air
sungai. Wah! Menarik kan?
Dengan bayaran sebanyak RM279 *mengikut harga bayaran dari
sebuah laman web* sudah pasti percutian
glamping di caravan serai bentong Pahang ni adalah sesuatu yang sangat
berbaloi! Ahha. bila lagi kita nak rasa percutian sepenuhnya dalam khemah kan?
Tidur, mandi, dan buat segala macam aktiviti lagi semuanya dalam khemah!
Oklah! Bagi mereka yang berminat untuk merasa keunikan
percutian cara glamping ini, korang boleh datang ke:
Caravan Serai
Exclusive Private Villas
Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan
Tras, 28700 Bentong, Pahang, Malaysia.
Phone: +603 7972 3655
/ +6016 213 7387 / +6016 332 3815.
lain dari yang lain...
BalasPadamitu yang menarik tu..hehehe..
PadamKalau bujang lagi, best la g tempat2 macam nie
BalasPadamkan...tapi kalau nak bawa family pun apa salahnya..hehehe
Padam