Khabar gembira February 2017 : Minyak naik lagi!
Khabar gembira February 2017 : Minyak naik lagi! | Ramai yang mendoakan perkara yang gembira apabila masuk sahaja bulan February 2017. Dan sekali lagi kita digembirakan dengan berita kenaikan harga minyak petrol! Owh! Sungguh gembira bila mendengar harga minyak petrol naik RM0.20 sen! Siapa tak seronokkan? Tengok saja dekat stesen minyak, beratur kenderaan yang nak isi minyak.
Cerita kenaikan harga minyak ni mula tersebar melalui laman
sosial facebook dengan whatapps. Bila dah tersebar tu, boleh cakap 90% benda tu
betul. Mulanya aku macam tak percaya juga sebab ada rakan yang kongsikan yang
itu hanya khabar angina. Siap ada gambar daripada pihak tertentu yang cakap
berita kenaikan harga minyak petrol tu hanya khabar angin.
Baca juga :
MENCARI HOTEL DI MELAKA? ECO TREE HOTEL MUNGKIN PILIHAN TERBAIK
Tapi tup tup, pagi ni tengok berita, harga minyak petrol
naik RM0.20! Apa masalahnya ni? Seingat aku, harga minyak petrol baru je naik,
ni naik lagi? Nak suruh kita rakyat bawahan mati secara perlahan-lahan ke? Aku dan
semua pun pasti tertekan dengan benda ni. Secara logik, bila minyak naik, semua
benda akan naik. Percayalah!
Bila semua barang dah naik, nak harapkan dia turun semula
macam mengharapkan sesuatu yang tak mungkin terjadi! Kenaikan harga minyak
petrol February 2017 ni memang memberi kesan ekonomi yang sangat kuat pada
keluarga kecil! Pasti ada yang cakap, kalau terkesan dengan kenaikan harga
minyak, jangan isi minyak. Tumpang orang atau naik kenderaan awam sahaja.
Nak tumpang orang pun kena keluarkan duit. Nak naik
kenderaan awam? Bagi tempat yang ada kemudahan kenderaan awam, bolehlah,
macamana pula yang takda kemudahan kenderaan awam ni? Terpaksalah naik
kenderaan yang ada. Minyak petrol naik RM0.20 1 liter! Tersangat tinggi tu! Bukan
sikit-sikit naik!
Baca juga:
OPPO A37 : BATERI TAK TAHAN LAMA DAN CEPAT PANAS MACAM NAK MELETOP!
Dan tersangat pasti, akan ada yang cakap. Jangan mengeluh
sahaja. Kena usaha cari duit lebih. Kita bercakap, tak kemana. Sebab “takda
kuasa” untuk kita ubah. Kan? Mesti ada yang cakap macam ni. Tapi kalau usaha
lebih, tapi keadaan ekonomi makin menekan macam ni, memang tak kemana la! Memang
akan wujud lebih ramai orang susah!
Huh. Huh. Nampaknya permulaan ceritaejoy pada bulan February
ni sedikit tertekan berikutan harga minyak petrol naik RM0.20. Dan aku juga
tertunggu-tunggu samada berita kenaikan harga minyak ni akan sama hebat atau
tidak dengan berita cas beg plastik yang juga sama harganya, RM0.20! Kita
sama-sama nantikan.
Baru plan nak jenjalan jauh2 bulan nie, terpaksa batalkan
BalasPadamapa nak kata kan..kita kuasa takda..ngikut jelah apa yang mereka buat. hmm
Padamhadap jela . benda di luar kawalan. jadi, nak tak nak kena usaha lebih. seperti kata menteri. buat dua kerja. hehehe
BalasPadam