Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak.
Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak | Aku tak berani nak cakap perkara ini berlaku pada semua orang, tapi hampir kebanyakkan cerita yang aku dengar, hampir kesemuanya mengalami perkara yang sama. Ahha! Kenapa pula aku bercerita pasal kelebihan ibu yang menyusukan anak ni? Ianya ada kaitan dengan “keajaiban” yang aku lihat sendiri apabila buat pertama kalinya, isteri aku menyusukan anak kami! Ahha!!
Ok. Aku ada 3 orang anak. Dan aku sangat bersyukur tentang
itu. Namun, anak sulung dan kedua kami tidak menyusu badan. Kerana apa? Kerana
wife aku takda susu badan langsung ketika itu. Dan sebab itu, mereka minum susu
formula. Dan kedua-dua anak aku hanya minum susu formula dalam tempoh yang
singkat. Maksud aku, diarang minum susu formula tu kejap je. Kemudian macam-macam
minuman wife aku bagi pada anak-anak aku.
Dan sehingga ke saat ini, anak kedua kami yang kini hampir
mencapai usia 2 tahun, hanya minum air bali! Ya! air bali! Bukan aku tak beri
dia minum susu formula, tapi boleh dikatakan kesemua susu formula aku dah bagi
dekat dia, tapi semua tak boleh masuk. Kalau dia minum, dia akan sakit perut! Dan
aku akan sakit kepala memikirkan anak kedua aku ni. Jadinya, hingga ke saat
ini, anak kami Cuma minum air bali.
Baca juga :
CUTI-CUTI KE SONEVA KIRI RESORT & RESIDENCES
Baik. Berbalik kepada cerita Hebatnya instinct ibu yang
menyusukan anak ni, alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana dengan kelahiran
anak ketiga kami, susu wife aku menjadi sangat banyak! Eh! Aku pun jadi pelik
kenapa banyak sangat ni? Mungkin terkumpul dari anak pertama kot! Hahaha. Tapi
betul, rasa syukur sangat sebab susu badan wife banyak.
Dan nak tahu? Wife aku agak kekok kerana ini adalah
pengalaman pertama dia menyusukan anak. Sampaikan kadang-kadang aku tergelak
tengok dia. hahahaha. Anak dah masuk 3, tapi kekok menyusukan anak. Apa nak
buat, baru kali ini ada susu, kan? Jadi kenalah belajar dari mula. Bila dah
lama-lama nanti, biasalah kan?
Orait. Di kesempatan wife aku menyusukan anak ni, aku
terlihat sesuatu benda. Keajaiban mungkin. Mungkin juga naluri seorang ibu yang
dikurnia yang maha esa. Apa kelebihan tu? Ahha! Kelebihannya adalah, wife aku
tahu bila masa anak aku nak menyusu badan! Wah! Ianya mungkin biasa pada korang
tapi luar biasa pada aku! Sungguh!
Aku kadang tertanya-tanya, macamana wife aku yang tengah
masak dekat dapur boleh tahu yang anak aku ni nak menyusu! Eh? Dia bukan boleh
cakap pun, “ibu, nak susu”. Kan? Kalau boleh cakap lainlah. Tapi secara
tiba-tiba wife aku akan datang dan cakap, ni masa dia menyusu ni. Tak lama
lepas tu, anak aku terjaga dan menangis. Tandanya dia nak susu la kan?
Hebat! Kadang aku macam tak percaya! Siap cakap dengan wife
aku, hebatlah kamu! Ada power sejak-sejak menyusu badan ni! Sebab boleh tahu
bila masanya anak kita nak menyusu badan. Dan hampir kesemua masa yang dia
datang tu, memang anak aku akan terjaga dan menangis! Menandakan yang dia
memang nak menyusu!
Aku ada juga tanya wife aku, macamana dia boleh tahu. Dan aku
rasa korang dah boleh agak dah *kalau yang dah biasa menyusu badan anak-anak*
dan mungkin perkara pertama buat mereka yang tak pernah ada pengalaman menyusu
badan anak-anak ni. ahha! Korang nak tahu macamana ibu-ibu ni boleh tahu? Harapnya
pemikiran korang terbuka ya! Jangan fikir yang negative ya! Anggap sahaja ini
ilmu tambahan.
Baca juga :
GLAMPING DI CARAVAN SERAI : KHAS UNTUK MEREKA YANG SUKAKAN PERCUTIAN DALAM KHEMAH!
Macamana ibu yang menyusukan anak mereka boleh tahu waktu
anak mereka ingin menyusu? Jawapannya adalah, susu keluar secara tiba-tiba! Ha?
Ye! Susu badan keluar secara tiba-tiba! Dan bila ini berlaku, si ibu tahu yang
anak mereka ingin menyusu! Allahurabi! Mungkin ini kuasa Allah yang dikurniakan
pada si ibu.
Bila susu badan keluar secara tiba-tiba, si ibu akan datang
pada anak dia lah. Dan hampir kesemua bayi yang menyusu akan terjaga secara
tiba-tiba! Sungguh aku macam terasa wow! Hebat betul kuasa Allah yang
dikurniakan pada si ibu. Sebab itu orang cakap, naluri ibu ni kuat! Anak-anak
tak usahlah cuba berbohong dengan ibu sendiri, sebab perasaan mereka sangat
kuat.
Fuh! Benar! Pengalaman ini buatkan aku rasa lebih bersyukur
dengan setiap apa yang dikurniakan pada aku. Rasa beruntung sangat sebab dapat
rasa pengalaman ni. Yelah, kalau orang lain bercerita, kita tak rasa sangat,
sebab kita tak lalui benda tu. Apa pun, tahniahlah pada semua ibu yang
menyusukan anak.
Pada ibu yang kekurangan susu, janganlah rasa lain, anda juga beruntung kerana dikurniakan zuriat. Buat mereka yang tidak punya zuriat, ketahuilah, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segalanya. Yer.
Pada ibu yang kekurangan susu, janganlah rasa lain, anda juga beruntung kerana dikurniakan zuriat. Buat mereka yang tidak punya zuriat, ketahuilah, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segalanya. Yer.
hebat instict ibu ni
BalasPadamkan..anugerah dari yang maha esa..
Padamhebatkan mereka yg bergelar ibu,mak,mama,mummy,umi...
BalasPadamInsyaÁllah yakin dgn rezeki Allah.. :)
insyallah..ada rezeki untuk nieyl sekeluarga..amin..
Padammmg pun instict ibu bf anak mmg hebat... sy jugak melaluinya utk 2 anak saya... boleh baca dgn nada tangisan dan gerak geri anak bila nak menyusu... ALLAH MAHA BESAR...
BalasPadamalhamdulilah. kamu berpeluang nak rasa semua kehebatan ni kan..:)
PadamYap.
BalasPadamSalah satu benda yang aku kagum pasal ibu-ibu.
sama-sama..pun kagum dengan mereka..:)
Padam