Cara mudah untuk kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi
Cara mudah untuk
kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi | Ha! Panjang tajuk entry
aku awal pagi ni. Baru-baru ini, tular cerita mengenai berus yang diperbuat
daripada bulu babi yang dikatakan di import daripada china dalam pasaran
malaysia. Dalam kita sedar dan tak sedar, kita dah gunakan berus yang bulunya
diambil daripada bulu babi. Ini betul-betul menimbulkan kerisauan semua orang
termasuklah aku. Aku tak guna berus dalam kerja aku. Cuma risau kalau anak-anak
aku yang guna, kan?
Hari ini aku nak kongsikan dengan semua Cara paling mudah
untuk kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi. Kita kena tahu benda
ni, sebabnya ada peniaga yang tidak mengasingkan berus-berus ini dengan berus
yang lain. Kalau kita semua tak tahu, jadi main beli dan guna jelah. Ingat ya,
haiwan itu haram bagi kita umat islam. Oklah, lanjutkan bacaan korang!
Cara mengenal berus dari bulu khinzir atau babi.
Ciri-ciri bulu babi:
- Bulunya bercabang pada bahagian hujung.
- Boleh berubah-ubah menjadi lembut atau keras dengan menggunakan bahan kimia.
- Susah nak tanggal dan cepat rosak.
- Paling senang untuk diperolehi berbanding bulu haiwan lain.
Perbezaan di antara bulu babi dengan bulu kambing.
Bulu babi atau bristle mat salleh panggil, bentuk dia keras
dan kasar. Hujung dia bercabang. Beza dengan bulu kambing yang sifatnya tidak
bercabang dekat hujung dan tajam dekat hujung dia. ha. Jadi dah nampak kan
perbezaan dua bulu haiwan ini?
Ada sebabnya kenapa Allah menjadikan bulu babi ini berbeza
dengan bulu haiwan yang lain. Oleh yang demikian, kita kenalah sentiasa peka
dengan setiap apa yang berada di sekeliling kita ni. lebih-lebih lagi pada
anak-anak kita. Mereka bukan tahu pun apa yang mereka guna. Kita yang tahu
inilah kena periksa. Cara nak tahu bulu berus tu bulu babi atau tidak, boleh
guna cara di atas ya. semoga memberi manfaat pada semua. insyaAllah. amin.
Assalamualaikum. terima kasih atas perkongsian maklumat semoga hidup saudara dan keluarga sentiasa di berkati Allah, Amin
BalasPadamtq share ni
BalasPadamterimakasih dgn info.
BalasPadamtapi kat berus gigi hampir semuanya label bristle.macam ne nk cri yg betul2 halal