Penatnya betulkan broken link dalam blog!
Penatnya betulkan
broken link dalam blog! | Selepas membaca beberapa post rakan-rakan blogger
mengenai cara nak check broken link
dalam blog, haruslah aku cepat-cepat cuba kan. Dan seperti yang
dijangkakan, memang beratus broken link dalam blog ceritaejoy ni! hahaha. Aku
memang dari awal lagi dah jangkakan benda tu sebab rasa blog ceritaejoy ni
macam lambat je *eh! Ini salah satu
punca blog lambat loading ke?*.
Kenapa boleh ada broken link dalam blog?
Ok. Selepas membetulkan beberapa masalah yang berlaku ni,
baru aku tahu kenapa ada banyak broken link dalam blog. Puncanya adalah, katakan
korang suka join segmen atau giveaway. Mesti korang akan masukkan link dalam
blog korang kan? Katalah, segmen tu dah lama, 2-3 tahun lepas. Pemilik segmen
tu pulak dah delete segmen tu. Jadi secara automatiknya, robot tak dapat kesan
link asal maka terjadilah broken link. Ha, faham tak?
Lagi satu, aku kalau menulis, memang aku suka letak link
asal. Yelah, kita ambil ilmu orang, kenalah beri kredit pada orang tu kan. Tapi
sama macam ceritaejoy dekat atas ni, katakan orang atau blog tu dah tak wujud. Jadi
link yang kita letak itu dah tak berfungsi. Oleh yang demikian, robot akan
detect benda tu maka akan terjadilah broken link. Ahha! sekarang dah faham kan?
Berbalik kepada cerita aku pada awal tadi. Ada beratus
broken link dalam blog ceritaejoy ni. Jadi, aku kena betulkan satu persatu
masalah tu. Ada post yang terpaksa aku padam disebabkan aku tak jumpa punca
dia! Tapi kebanyakkannya adalah segmen yang aku join lah. Semua link asal telah
dipadam oleh pemilik blog dan memberikan aku broken link. Adeh! Sedihnya!
Oklah. Korang nak tahu cara macamana nak check broken link
dalam blog? Caranya mudah je. Masuk dalam http://brokenlinkcheck.com/.
Kemudian isikan ruang yang berkenan. Kemudian jika ada broken link, maka akan
berderetlah yang keluar. Cara nak betulkan? Kalau ikut aku, aku buat satu persatu.
Klik pada “SRC” dan cari artikel berkenaan. Kemudian betulkan, samada masukkan
link baru atau padam terus link tu. Ok?
Itu sahajalah cerita mengenai broken link dalam blog ni ye. Selamat
mencuba.
ohhh barulah jelas... thankz ejoy cz jelaskan dgn detail.. terang dan jelas sgt..
BalasPadamRajinnya betulkan. Broken link ni memang suka sangat menyemak kat blog. Hukhuk
BalasPadamOwh...boleh la PC check juga ni...terima kasih perkongsian.
BalasPadamWah... kena check jugak ni... thanks sharing...
BalasPadamterima kasih ejoy berkongsi ilmu,ni kalau kak ana check ni mahu beratus gak kan..
BalasPadamBtoi byk yg broken dri segmen, giveaway...dh byk buang...tpi still berlambak yg bru dtg...haha
BalasPadamSy baru bermula untuk bloging, sudah baca pasal brokenlink ni. Syukur nanti tidak juga saya penat nanti. Terima kasih perkongsian ejoy!
BalasPadamBroken link tu secara ayat orang kampungnye apa ye? Mahap masih baru dalam dunia blogging.
BalasPadam