Dari kawasan hutan menjadi lokasi percutian terindah! Nandini Jungle Resort & Spa Bali.

Februari 04, 2017
bercuti di Nandini Jungle Resort & Spa Bali.

Dari kawasan hutan menjadi lokasi percutian terindah! Nandini Jungle Resort & Spa Bali | Aku akui, aku lebih gemar menulis mengenai lokasi percutian di Bali indonesia. Semuanya kerana aku suka dengan konsep percutian di sana! Percutian konsep semulajadi! Dalam edisi kali ini, aku ingin menulis mengenai 1 lokasi percutian dalam hutan yang diubah menjadi di antara lokasi percutian tercantik di bali, indonesia! Nandini Jungle Resort & Spa Bali!


Terletak jauh di dalam hutan yang indah, dengan pemandangan yang menakjubkan di seluruh lembah, Nandini Bali Jungle Resort and Spa menawarkan pengalaman yang mewah dalam persekitaran yang tulen dan semula jadi. Dari saat kita tiba di resort spa mewah ini sahaja, kita sudah dihidangkan dengan keindahan oasis dengan bunyi-bunyian unggas yang sememangnya sangat menenangkan.

bercuti di Nandini Jungle Resort & Spa Bali.

bercuti di Nandini Jungle Resort & Spa Bali.

Spa On The River by Nandini Bali.

Lagi yang menariknya percutian di sini adalah, pihak resort menawarkan Spa On The River. Terletak di sisir sungai, ianya menawarkan hot stone massage therapy, dermatological facials, dan exquisite manicures and pedicures. Mereka juga memiliki kakitangan profesional yang akan bekerja keras untuk memastikan kita mempunyai pengalaman yang hebat yang akan mencairkan tekanan dan menambah fikiran, badan dan jiwa. Amacam? Menarik kan?

Rasanya lepas spa tu, bolehlah terus mandi sungai kan? Kalau melihat pada gambar, airnya pasti sejuk! Tidakkah ianya percutian yang menjadi idaman pada ramai orang termasuklah aku! Hehehe.

Antara tarikan lain yang boleh kita lakukan disini adalah melawat kampung berdekatan dan mempelajari kehidupan masyarakat di sana serta boleh belajar kaedah pertanian tradisional! wah! Menarik ni. Namun yang paling hebat pada aku adalah, Kita boleh mempelajari kehidupan dan budaya bali. Ini pengalaman yang sangat mahal pada aku.


bercuti di Nandini Jungle Resort & Spa Bali.

bercuti di Nandini Jungle Resort & Spa Bali.

Oklah. Nandini Jungle Resort & Spa Bali mengalu-alukan kedatangan anda! Selain daripada percutian, ianya juga menyediakan lokasi untuk majlis pernikahan, majlis rasmi dan macam-macam lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej eksklusif dan percutian di sini, boleh hubungi :

Nandini Bali Jungle Resort & Spa

Br. Susut, Desa Buahan, Payangan, Gianyar
Bali - Indonesia

Telp: + 62-361 982 777
Mobile: + 62-811 385 9444
Faks: + 62-361 982 727

E-mel: info@nandinibali.com

Tags : Nandini Jungle Resort & Spa Bali, Nandini Jungle Resort Wedding, Nandini Bali Jungle Resort Reviews, Nandini Bali Jungle Resort & Spa Reviews, Nandini Bali Jungle Resort Spa Ubud Reviews, Percutian Bali Indonesia, Bercuti Ke Bali Indonesia, Pengalaman Bercuti Di Bali Indonesia, Tips Bercuti Di Bali Indonesia, Resort Di Bali Dengan Private Pool, Resort Di Bali Untuk Honeymoon, Resort Di Bali Yang Bagus

4 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.