Hentikan tanggapan tiada orang nak baca blog kita.

Februari 03, 2017
Hentikan tanggapan tiada orang nak baca blog kita

Hentikan tanggapan tiada orang nak baca blog kita | Mesti kita ada perasan, ramai blogger, aku sebut ramai dekat situ sebab nampak macam banyak dan aku sendiri pernah menulis mengenai hal itu dalam blog ceritaejoy ni, ada ke orang nak baca blog aku ni? Blog aku bukan macam blog ben ashaari, blog hasrulhassan atau mungkin blog denaihati. Semua tu top blogger malaysia. Jadi ada ke yang nak singgah dan baca apa yang aku tulis dekat blog ceritaejoy ni?.

Namun semalam aku terbaca 1 post berkaitan benda ni, hentikan tanggapan kita mengenai tiada orang yang nak baca blog kita. Sebab apa? Nanti aku akan huraikan sebab dan musabab kenapa kita tak boleh fikir macam tu. Sekarang aku nak tanya korang balik, khususnya blogger la. Kenapa korang buat blog dan menulis?

Setiap daripada kita pasti ada jawapan yang tersendiri kan? Namun, jawapan yang paling banyak untuk soalan dekat atas adalah, ramai yang ingin menjadikan blog mereka sebagai “diari” untuk bacaan pada masa mendatang. Betul tak? Apa pun, ada juga blogger yang mementingkan trafik pada blog mereka.

Cara Dapatkan Trafik yang banyak pada blog.

Bercerita mengenai trafik blog, benda ni dah banyak di kongsikan blogger. Ada macam-macam cara untuk tingkatkan trafik dan menarik pengunjung untuk datang ke blog kita. Diantara cara yang paling mudah dan berkesan sekarang ini adalah dengan menggunakan media sosial seperti facebook. Tulis mengenai sesuatu yang menjadi sebutan orang ketika itu dan post di facebook! Trafik yang masuk selepas itu adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan!

Dan sekarang, kita berbalik semula pada cerita berhenti daripada berfikir yang blog kita ni tiada orang yang nak baca. Kenapa? Kenapa tak boleh fikir macam tu? Jawapannya adalah, ianya akan membuatkan kita malas untuk update blog! Dan kita juga akan sentiasa kekeringan idea untuk update blog! Yang sebenarnya, menulis juga adalah salah satu bentuk perniagaan. Percaya atau tidak?

Menulis adalah seperti kita menjual idea dan ilmu kita kepada orang ramai. Cuba bayangkan kalau kita ingin memulakan perniagaan. Tanpa promosi yang betul, agak sukar untuk perniagaan kita berkembang maju. Betul tak? Sama halnya dengan penulisan di blog ni. Jika menulis sahaja tetapi tidak dengan teknik yang betul, ianya tidak akan kemana-mana.

Baik. Aku beri contoh. Jika korang menulis dan membiarkan sahaja di blog korang dengan harapan orang akan datang dan baca, mungkin ianya akan mengambil masa yang lama. Jadi apa kata, selepas korang tulis, korang “beritahu” orang ramai yang korag baru sahaja update blog. Cara nak beritahu? Apa kata post artikel terbaru tu dekat facebook. Dengan cara ini, pasti akan ada pembaca di blog korang.

Lagi satu, apa kata korang mula menulis menggunakan konsep penulisan yang betul. SEO! Nak belajar seo ni, cari sahaja di google. Banyak blogger yang kongsikan pasal SEO ni dekat blog mereka. Bila kita tulis dengan teknik dan penempatan keyword yang betul, mesti blog kita akan sentiasa ada pembaca. Sekaligus menghilangkan tanggapan kita yang blog kita ni tiada siapa nak baca.

Apa pun, bermula hari ini, jika anda memilih untuk menjadi seorang blogger, kena buang pemikiran tu jauh-jauh ya. Sebabnya, ianya dalam sedar dan tak sedar, akan menyebabkan kita terpengaruh untuk kekeringan idea dan tidak bersemangat untuk update blog. Ayuh! Meriahkan dunia blog di malaysia dengan pelbagai perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada semua!

Tags : Cara Dapatkan Trafik Blog, Teknik Menulis Seo, Cara Penulisan Seo, Penulisan Artikel Seo, Teknik Seo Blogspot, Teknik Seo Terbaru, Teknik Seo Merah Jambu, Top Blogger Malaysia, Top Malaysian Blogger, Cara Meningkatkan Pengunjung Blog Dengan Seo, Cara Meningkatkan Pengunjung Blogspot, Cara Meningkatkan Traffic Pengunjung Blog, Cara Tingkatkan Pengunjung Blog

8 ulasan:

  1. Perkongsian baik
    https://belogsjm.blogspot.my

    BalasPadam
  2. setuju memang ada blogger yang pentingkan trafik terutama blogger2 yang ada collaboration dengan client2 dari jenama2 besar dan yang menjana pendapatan menerusi affliate dan iklan.. hehe

    www.neezalife.com

    BalasPadam
  3. yep, betul, kalau nak harapkan orang baca...akan makan masa yang lama. kita baca blog org, in syaa allah, orang akan baca blog kita.tak gitu??

    BalasPadam
  4. YUP..KENA BUANG JAUH2 FIKIRAN GITU..KENA MAJU TERUS..HEHE

    BalasPadam
  5. Dulu-dulu pun beranggapan begitu juga tapi bila dah buat dan rajin sharing, ada je orang yang baca blog kita kan? Rajin blogwalking pun tingkatkan traffik juga

    BalasPadam
  6. Betol tu buang jauh-jauh pemikiran macam tu...ada orang jadi silence reader tu...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.