Masalah gusi berdarah semakin teruk?

Januari 11, 2017
Masalah gusi berdarah

Masalah gusi berdarah semakin teruk? | Aku memang mengalami masalah gusi berdarah. Dalam erti kata lainnya, kalau aku makan kuih *walaupun kuih tu lembut* dan terkena dekat gusi, confirm akan keluar darah dekat area situ. Nampak tak bertapa teruknya masalah gusi aku. Kadang tu, ada makanan lekat celah gigi, kita nak bersihkan, eh! Tiba-tiba keluar darah. Aduh! Adakah Masalah gusi berdarah aku ni semakin teruk?

Punca gusi berdarah.


Yang sebenarnya, kenapa gusi mudah berdarah ek? Apa penyebab gusi berdarah tiba-tiba nih? Eh. Kalau kita baca info yang dikongsikan dekat laman web, hampir 80% penduduk dunia akan mengalami masalah gusi berdarah ni. 80% tu bukan sikit weh! Banyak sangat tu! Kiranya salah sorang dari korang pun mesti ada mengalami masalah gusi berdarah ni kan? Apa sebenarnya Punca gusi berdarah ni?

Bila aku tanya orang, ada yang cakap ianya adalah Tanda awal kanser pada gusi. Weh! Biar betul? 80% tu orang hidap masalah gusi berdarah ni. Tak kan la kut? Nak lebih tahu mengenai masalah ni, kenalah aku cari info berkaitan. Tak mahulah aku dengar cakap orang je. Huh!

Kata seorang pakar pergigian yang bertaraf prof madya, radang gusi ni sebenarnya boleh dirawat dan gusi boleh kembali menjadi normal. Tapi, ada juga tapinya, kalau sampai ianya menjadi periodontitis, itu dah tahap teruk! Apa kebendanya periodontitis tu? Aku pun tak faham sebenarnya. Hahaha.

Tapi, dia macam ni, kalau kita tak kawal atau ambil langkah awal untuk ubati gusi berdarah ni, radang gusi ni akan merebak dan menjadi periodontitis. Bila sampai tahap ni, kiranya dah serius la sebab benda ni akan rosakkan tulang penyokong gigi. Dan yang lebih teruk, rawatan dia akan jadi lebih rumit dan berkemungkinan gigi kena cabut!! Ha??

Bila aku baca macam tu, memanglah aku goyang. Eh! Gusi aku bukan berdarah waktu makan je, tapi gusi sering berdarah tanpa sebab! Duduk saja-saja pun dia boleh berdarah weh! Tak goyang ke kau kalau kena macam tu? Haruslah kan! Kena pulak ni ha, periodontitis. Nak sebut pun tak tahu ni ha. Adeh!

Bila dah dapat info mengenai Punca gusi berdarah ni, baru aku faham. Dia sebenarnya melibatkan bakteria! Bukan bakteria baik tu, ini bakteria jahat! Eh, jahat betul kau ni. Dia duduk dekat area gusi, tu sebab gusi mudah berdarah. Ahha! hmm, kiranya gusi aku banyak bakteria ke?? Erks.

Katanya lagi, akan ada plak dalam gigi yang lama kelamaan mengeras dan kemudiannya akan membentuk karang gigi. Lepas tu, bakteria ni akan keluarkan asid toksin yang akan menyebabkan gusi menjadi merah dan bengkak *tapi gusi aku tak bengkak pun?*. Waktu ni, ianya dipanggil sebagai radang gusi. Dan sebab daripada ni lah, gigi kita akan jadi renggang.

Cara merawat gusi berdarah.


Cara nak ubat gusi berdarah ni mudah je. Jumpa doktor dan minta nasihat. Hehehe. Itu cara paling mudah la. Tapi nak buat sendiri pun boleh. Cuba hilangkan plak dalam gigi yang mengeras tu. Kemudian cuba kawal supaya dia tak datang lagi. Kalau plak tu muncul balik, cuba untuk hilangkan dia semula. Yang sebenarnya, masalah dia punca daripada plak tu je. Hilang benda tu, hilanglah masalah gusi berdarah ni. ok?

Hai doktor cantik.. Saya nak buat temujanji ni. hihihihi.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.