Faiz subri pakai baju lambang salib??

Januari 11, 2017
Faiz subri pakai baju lambang salib


Faiz subri pakai baju lambang salib?? | Ok. Ini mampu membuatkan aku ketawa tak henti-henti. Sebab aku dah tengok video faiz Subri menang anugerah Fifa Puskas 2016 tu. Jadi aku tertanya-tanya juga, dekat bahagian mana yang ada lambang salib tu? Tercari-cari juga aku dibuatnya. Kemudian, aku tengok pada gambar yang dikongsikan dekat laman sosial tu. Tak pasti siapa yang hantar, bila tengok, sudah tentulah aku ketawa tak henti-henti. Hehehe.

Kalau sekali tengok, memang nampak macam ada lambang salib pada baju yang dipakai Faiz Subri ketika menerima anugerah Fifa Puskas 2016 tu. Tapi kalau diamati betul-betul, yang sebenarnya tidak! Ia Cuma silap mata kita je yang melihat. Gambar tu sebenarnya adalah gabungan bow tie dengan Mic. Kena pula gambar tu betul-betul ketika kedua-duanya berada dekat tengah-tengah. Itu yang nampak macam salib tu. Adeh!

Apa pun, tak bolehlah salahkan orang tu kan. Mungkin dia tak perasan mengenai hal itu. Itu yang dia cakap Faiz subri pakai baju lambang salib tu. Ok, sekarang dah jelas kan? Baik. Sekarang isu pakai baju melayu. Bab ni aku Cuma kongsikan pendapat aku sahajalah ye. Aku faham, pendapat kita semua berbeza. Jadi, ini hanyalah pendapat aku semata-mata ya.

Baju melayu. Dalam anugerah macam tu. Kiranya besar juga tu. Ada ramai orang dari pelbagai negara yang datang. Ini kira macam majlis rasmi la. Jadi pakaiannya kenalah formal. Cuba bayangkan kalau faiz subri seorang sahaja yang pakai baju melayu. Memang nampak kelainan dekat situ kan?

Dan aku juga terfikir, manusia daripada pelbagai negara tu juga punya baju traditional. Apakah mereka tidak berbangga dengan baju negara mereka dengan tidak mengenakan pakaian tersebut? Jawapannya adalah, mereka juga berbangga. Tetapi rasa bangga itu bukan bererti mereka tak pakai baju negara mereka, mereka tidak berbangga ya. Sebaliknya rasa bangga itu datang daripada negara yang disebut ketika itu.

Aku berbangga! Ada seorang anak malaysia dalam pentas anugerah bolasepak dunia! Walaupun saiznya jauh berbeza dengan orang lain, tapi nama malaysia ada dekat situ. Dia dah buatkan orang melihat ke arah negara kita. Bukan senang weh nak dapat anugerah macam tu. Kena pulak bersaing dengan ramai orang. Kan?

Seterusnya adalah bahasa melayu. Ok, part ni aku ada terasa sedikit. Yelah, kenapa tak cakap melayu je kan? Orang negara luar tu, mereka cakap bahasa mereka je. Terpulanglah pada orang lain macamana cara mereka nak faham. Takpa. Cakap je melayu. Selang sikit bahasa inggeris pun takpa. Tu, ada yang tak tau cakap English pun ada time tu. Ha. Ok je. Kan?

Apa pun, pada aku, ianya adalah suatu kebanggaan apabila Faiz subri dianugerahkan sebagai The winner Fifa Puskas 2016. Ianya sudah pasti menjadi sejarah buat negara. Kalaupun ianya dikatakan sebagai rezeki dia, ia tetap menjadi sejarah yang menjadi buah mulut orang kita sampai bila-bila. Ok? Diharap, industri bolasepak negara akan lebih meriah dalam tahun 2017 ni. See ya!

1 ulasan:

  1. Bukan dia tak nak cakap Bahasa Melayu. FIFA yang takde translator untuk Bahasa Melayu kekdahnya nanti ramai tak faham apa yang Faiz Subri cakap.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.