Gempa bumi di sabah terkini 2017!
Gempa bumi di sabah
terkini 2017! | Baru sekejap tadi aku godek-godek laman sosial facebook
ceritaejoy. Aku tertarik dengan 1 post rakan FB yang katanya, mereka ada rasa
gegaran yang kuat! Apakah telah berlaku 1 lagi gempa bumi di sana?? Kemudian aku
terbaca 1 post rakan blogger dari sana, yang kata, dia juga merasakan gegaran. Untuk
menguatkan lagi berita ni, aku carilah, apa benar telah berlaku gempa bumi terkini di sabah?
Kalau tengok maklumat yang dikongsikan di Jabatan
Meteorologi Malaysia, memang benar berlaku 1 gegaran yang kuat di timur laut
semporna jam 1413 tadi. Katanya tidak ada amaran Tsunami dikeluarkan, namun
haruslah sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Takut juga
kalau-kalau peristiwa gempa bumi kuat di sabah yang merubah bentuk gunung kinabalu berulang kembali.
Apa pun, kami sentiasa mendoakan rakan-rakan di sana,
dijauhkan daripada segala perkara yang tidak diingini. Sentiasa peka dengan
arahan pihak berkuasa. Semoga gempa bumi
terbaru di sabah ini bersifat sementara dan kita semua dilindungi oleh yang
maha esa dari segala perkara yang tidak diingini. insyaAllah. amin.
sentiasa mendoakan rakan-rakan di sana...
BalasPadamsemoga di jauhi perakara-perkata yang tidak diingini..