Cabaran memiliki anak-anak yang masih kecil.
Cabaran memiliki
anak-anak yang masih kecil | Selepas aku terbaca 1 artikel mengenai tips travel dengan anak kecil, aku
terus teringat cabaran yang aku hadapi sekarang bersama wife aku. Bukanlah nak
cerita pengalaman bawa anak kecil travel
*walaupun memang ada pasang niat nak bawa mereka naik kapal terbang tahun ni*
tapi nak cerita cabaran kami. Kadang-kadang tergelak aku sorang-sorang bila
memikirkan mereka semua. Hahaha. Baiklah, apa cabarannya?
Cabaran memiliki anak-anak yang masih kecil.
#1. Tak boleh jalan
lama.
Kita ni orang dewasa, kalau window shopping tu, tak kisahlah
kalau berjalan 1 hari pun, tapi anak-anak kecil ni, jalan sekejap je dah
lenguh! Adeh! Kalau ada bawa stroller, boleh muat 2 orang je. Sorang lagi kena
dukung. Kita yang dukung ni, boleh naik muscle dekat tangan. Kena pula, aku tak
biasa dukung anak aku dengan tangan kanan. Jadi sepanjang masa dukung mereka
dengan tangan kiri.
Anak perempuan aku tu, memang rapat dengan aku. Jadi kalau
keluar berjalan, memang dia nak berdukung sahaja. Tak mahunya dia duduk dalam
stroller. Sebab tu aku rasa, tangan kiri aku macam lebih besar dari tangan
kanan aku. adeh!
#2. Beg penuh dengan
barang mereka.
Kalau keluar, mesti ada beg besar. Tak macam keluar berdua
dengan wife. Aku ada 1 clutch beg yang agak besar. Ada 1 masa tu, aku rasa
macam penuh je beg tu. Bila aku bukak sebab nak tengok apa yang ada kat dalam
tu, alamak! Penuh dengan minyak angin! Katanya nak sapu dekat anak-anak. Ha? Belum
kira pampers lagi! Adeh!
#3. Tak tahan lapar.
Yelah, budak-budak kan. Kita makan sekali dah rasa cukup
kenyang dah. Lambat sikit pun takpa. Mereka? Eh! 1 mall tu boleh pandang kau
lah kalau diarang dah start menyanyi! Adeh! Inilah Cabaran memiliki anak-anak yang masih kecil. Memang tergesa-gesa
kita cari makan untuk mereka. Tak boleh lambat sikit. Kena ikut time! Kalau tidak,
merasalah kau. Hahahaha.
#4. Kerap ke tandas.
Kita tengah berjalan, ayah, nak kencing. Ok, jom. Tengah makan,
ayah, nak iyak. Ha?? Ni, tengah makan kat restoran ni, tandas jauh! Makanan baru
sampai, anak kau nak berak. Kena pulak dia dah tak pakai pampers! Weh! Tak tentu
arah kau dibuatnya! Kena pulak dia cakap, ayah, dah tak tahan ni. aduh! Terus
angkat dan cari tandas la!
#5. Tertidur.
Yelah, anak-anak kecil kan, mereka ni memang banyak tidur. Ala,
kita yang dewasa ni pun suka tidur kan. Tapi kita boleh tahan lagi, anak-anak
kecil? Mereka tidur je dekat mana-mana. Kita yang kena pastikan mereka selesa
tidur. Adeh. Kalau tidur dalam stroller ok, kena yang nak berdukung ni. eh! Mana
tak besar sebelah tangan aku ni. adeh! Hehe.
#6. Susah cari kedai
makan yang sesuai.
Kita? Masuk je mana-mana, janji kenyang. Anak-anak kecil? Kena
cari yang sesuai oi. Bukan boleh masuk mana-mana restoran. Part nak cari
restoran ni pada aku sedikit cabaran kalau aku pergi mana-mana tempat baru. Kalau
tempat biasa aku pergi memang takda masalah.
#7. Hiburan yang
cukup sempurna.
Yang sebenarnya, dalam Cabaran
memiliki anak-anak yang masih kecil ni ada juga keseronokannya. Yelah,
kalau kita keluar jalan-jalan tu, kita seronok tengok mereka je. Kadang hiburan-hiburan
dekat sekeliling tu macam tak wujud je sebab tumpuan kita lebih pada mereka.
kan? hehe.
Apa pun, anak itu anugerah yang terindah dari yang maha esa
untuk kita. Mereka juga adalah rezeki buat kita. Hargai masa anak-anak kita
semasa mereka masih kecil kerana ianya hanya sekali dalam hidup kita. Kelak sampai
masanya nanti, mereka pun dah besar dan kita pun dah tua. Dan mereka pula akan
merasai apa yang kita rasa sekarang. ok? Hmm, tiba-tiba rindu kat anak-anak
aku. L
erm... thanks for sharing ijoy... akak pun akan ada anak kecil tahun ni, entry ni sgt membantu akak... akak dan famly kalau p kl akan guna public transport. tak pernah drive... mmg duk kira2 gak la ni bila akan ada bby kecil ni nk berjalan dgn urusan kerja...
BalasPadamKemeriahan luar biasa yang istimewa...akan dikenang sentiasa..
BalasPadam