Kenapa perlu kerap blogwalking?

Januari 13, 2017
Kenapa perlu kerap blogwalking

Kenapa perlu kerap blogwalking? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah. Jumpa lagi kita dengan penghulu segala hari, jumaat. Hari ini aku masih bergelut dengan masalah Loading blog lambat yang menjadi di antara punca trafik blog ceritaejoy turun secara mendadak! Namun aku sangat pasti, pada setiap masalah, pasti aka nada sinarnya. Orait! Aku blogwalking pagi ni, dengan niat nak mencari-cari jika ada sumber yang mampu menjawab kepada banyak persoalan dalam minda aku ni.

Apa maksud blogwalking?


Sebelum itu, ada tak yang tak tahu maksud blogwalking ni? Kalau kita tukar pada bahasa melayu, dia jadi blogberjalan atau berjalan blog, hahahaha. Yang sebenarnya, ianya membawa maksud, jalan-jalan singgah tengok blog rakan blogger yang lain. Macam dalam dunia nyata la, kita singgah tengok jiran-jiran kita, kawan-kawan kita,sedara mara, macam tu, ok?

Dalam dunia blog ni, kalau kita nak orang datang blog kita, kita pun kenalah datang blog rakan-rakan lain. Kalau dalam dunia nyata, kalau kita ke rumah orang lain, pasti kita akan bawa buah tangan kan? Samalah dalam dunia blog ni, Cuma bezanya, kita tak boleh bawa buah tangan, tapi kita boleh tinggalkan tapak tangan komen dekat blog rakan-rakan. Supaya mereka “sedar” dengan kehadiran kita. hehe.

Kelebihan blogwalking.

Banyak sebenarnya kelebihan yang ada bila kita blogwalking ni. Dan ini juga di antara salah satu sebab kenapa aku suka blogwalking. Aku cuba senaraikan beberapa kelebihan yang aku sendiri rasa bila aku singgah ke blog rakan-rakan lain.

Dapat ilmu baru.

Ini aku paling suka. Mungkin ada benda yang kita tak tahu tapi orang lain tahu. Dan dengan blogwalking, kita boleh mempelajari macam-macam ilmu baru. Ianya mungkin samada ilmu mengenai masakan, ilmu kehidupan, kewangan, kekeluargaan, ilmu mengenai blog, pendek kata apa sahaja ilmu. Menarik kan?

Berkenalan dengan rakan baru.

Ini pun aku suka. Kita boleh jumpa dengan macam-macam rakan baru. Dan semestinya mereka adalah daripada kalangan manusia yang hebat. Sebab apa? Aku suka dengan rakan-rakan blogger. Sebab mereka ni ada sesuatu yang tidak ada pada orang lain. Usaha yang mereka ada untuk bangunkan blog, untuk cari cerita yang memberi manfaat pada orang lain, untuk tambah income, dan segalanya yang berkaitan dengan blog ni.

Blogger ni, boleh dikatakan juga sebagai cikgu siber la. Sebab berkongsikan ilmu yang boleh digunakan oleh orang lain. Tapi tidaklah boleh dikatakan sama dengan guru-guru yang mengajar disekolah tu ya. Mereka itu lebih mulia. Hehe.

Belajar susunan blog.

Kenapa aku suka blogwalking? Sebab aku boleh belajar susun atur blog daripada rakan lain termasuklah top blogger malaysia! Eh! Mereka ni bukan saja-saja je tau letak widget kat sini, kat situ, kat sana, semuanya ada sebab. Kadang tu, kita rasa susun atur blog kita ni dah cantik dah, tapi tidak sebenarnya. Jadi bila kita singgah blog rakan lain, cuba tengok macamana mereka letak widget mereka. Dan kalau dirasakan sesuai, bolehlah kita ikut, kan? hehe.

Rasanya cukuplah 3 kelebihan yang aku kongsikan tu. Yang sebenarnya, banyak lagi kelebihan blogwalking ni. Dan ianya pasti berbeza di antara sorang blogger ni dengan blogger yang lain. Apa pun, marilah kita blogwalking ke blog rakan-rakan lain dan terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy ya!

Untuk balasan kerana sudi singgah, tinggalkanlah komen anda supaya saya dapat balas singgahan kamu ya! See ya~ J


13 ulasan:

  1. singgah sini..blogwalking hehhe
    salam jumaat :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas perkongsian ini. Sungguh bermakna buat saya blogger nubis

    BalasPadam
  3. Ya, melakukan blogwalking adalah suatu benda yang mesti ramai blogger buat sebenarnya. huhu

    BalasPadam
  4. ye betul...dapat ilmu baru tu paling best...sudi2 ke blog saya ye..tq

    BalasPadam
  5. hi, singgah sini .. terima kasih

    BalasPadam
  6. BW sngt2 lah penting untuk blogger. :)

    BalasPadam
  7. memang penting blogwalking salah satu nak promosikan blog...kalau sunyi sepi siapa yg nak tahu...kan!

    BalasPadam
  8. LeYa singgah blog ceritaejoy. Memang betul.. Blogwalking sgt penting..

    BalasPadam
  9. Betul tu.. blogwalking tu penting..salah satu kebaikkan dia, supaya orang lebih mengenali blog kita. yela kan, dah buat artikel panjang2 tapi orang tak kenal dan tak baca pun artikel2 kita, sedih juga :( :p

    Apa2 pun selamat ber-blogwalking :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.