Blog lambat loading punca trafik kurang?

Januari 12, 2017
Blog lambat loading punca trafik kurang

Blog lambat loading punca trafik kurang? | Entah kenapa 2-3 hari ni, blog ceritaejoy nak dapat trafik 1k pun payah. Eh! Betul rasa susah sangat nak dapat. Walhal sebelum ni ok je. Aku sendiri pun tak pasti kenapa dan mengapa jadi macam ni. Sehinggakan ada waktu-waktunya, langsung takda pembaca yang datang singgah. Dah kenapa kan?

Bila aku check dekat pagespeed, memang nampak pada mobile view aku, blog ceritaejoy ni ada lambat loading. Tapi kenapa baru sehari 2 ni? Aku dah pakai template ni dah lama dah. Dan aku pun memang suka dengan template baru ni. Tapi kenapa tiba-tiba je susah nak dapat trafik? Rasa macam sedu sangat walaupun nak dapat 1k PV. Pelik lah.

Kalau sebelum ni, tak update blog 2-3 hari, trafik tetap maintain. Itu yang buat aku jadi lagi pelik tu. Bila baca dekat 1 blog ni tadi, katanya salah satu, salah satu tau, bukan maksudkan pun. Salah satu puncanya adalah, hackers! Eh! Takkanlah! Walaupun kepala aku memang lebih fikir kearah tu pun. Adeh!

Dalam dunia blog ni memang ada macam-macam orang *ha, ni aku dah mula start nak bercerita yang tidak elok lah ni*. Ada orang yang kita langsung tak kenal dan tak pernah jumpa sekali pun dalam hidup kita. Tapi disebabkan beberapa perkara yang mungkin kita ada tapi dia tak ada, mulalah datang sifat-sifat yang tak betul tu. Ish! Aku taklah cakap ni keje hackers ye, Cuma kalaulah benar, eh, kenapalah kalian buat macam gitu kan?

Tapi tak bolehlah bawa minda kita ni berfikir macam tu kan. Kena sentiasa fikir positif. Mungkin ada sebab lain kenapa trafik kurang sangat-sangat ni. Dah check dekat pagespeed tu tadi, dan dia ada beritahu apa yang perlu dibetulkan. Masalahnya, apa yang dia beritahu tu dan ajarkan tu, aku cari tak jumpa dekat blog ceritaejoy, eh! Kenapa?

Bila kita tengah fikir kenapa trafik ke blog kurang dan kita jumpa dengan puncanya tapi tak tahu macamana nak buat, aku jadi stress kuasa 2. Memanglah kan, masalah jumpa tapi jalan tak jumpa. Dah di ajarkan jalannya, tapi tah apa-apa, langsung aku tak faham, dah kenapa?

Ada sesapa yang sudi nak membantu?

4 ulasan:

  1. Betul...sebabnya PC pun macam tu...jumpa yang wajar diperbaiki..tapi cari di template tak jumpa..

    BalasPadam
  2. banyak faktor yg perlu dipertimbangkan..

    BalasPadam
  3. Cuma dengar blog yang mempunyai trafik byk yang boleh menyebabkan lambat loading. Tidak pernah dengar blog kurang trafik boleh menyebabkan lambat loading. Mcm xde masuk akal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan trafik kurang punca blog lambat loading..

      tapi blog lambat loading yang punca trafik kurang..

      bila blog lambat loading dan pembaca tak suka tunggu, mereka akan tutup. sebab tu trafik kurang..

      bukan kurang trafik punca blog lambat loading.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.