Lesung pipit : Kecacatan yang sempurna!
Lesung pipit :
Kecacatan yang sempurna! | Mungkin tak ramai yang tahu, yang lesung pipit
tu sebenarnya adalah salah satu daripada kecacatan pada bahagian muka. Tapi
Allah itu maha besar kan? Dalam pada kecacatan itu, dijadikan ianya sebagai
sesuatu yang sangat sempurna dan indah! Aku suka tengok mereka yang ada lesung
pipit ni. Nampak cantiklah kalau pada perempuan. Kalau lelaki, nak kata nampak
apa eh? Kang kalau aku salah cakap kang, ada yang rasa lain pulak dengan aku
nanti. Hahaha.
Lesung pipit :
Kecacatan yang sempurna!
Tidak keterlaluan juga untuk aku katakan, lesung pipit
menjadikan wajah seseorang itu kelihatan sentiasa muda! Eh? Hehe. Selain daripada
nampak manis je kalau mereka tersenyum hinggakan kita yang memandang ni pun
turut sama ingin tersenyum.
Tapi sayangnya, tidak semua manusia memiliki “kecacatan”
ini. Sebabnya, kalau diikutkan pada kajian, hanya terdapat lebih kurang 20%
sahaja manusia yang memiliki lesung pipit ni. Alangkah bertuahnya jika kamu,
Ya. Kamu yang sedang membaca ni, adalah salah seorang daripada mereka yang
mempunyai lesung pipit.
Hanya dengan “tambahan” pada raut wajah korang tu, korang
semestinya sentiasa dicemburui rakan sekeliling. Hanya dengan sedikit senyuman
*walaupun terpaksa!* dah boleh nampak lesung pipit tu. Itu kalau yang jenis
dalam lah. Kalau yang jenis sedikit sahaja “kecacatan” tu, kenalah senyum lebih
sikit sebab nak kasi nampak lesung pipit tu. Hahahaha.
Aku terbaca 1 post berkaitan lesung pipit sewaktu mencari
info mengenainya sebelum aku mula menulis. Katanya, mereka yang memiliki lesung
pipit akan sentiasa nampak “baby face”! Ha? Baby face la sangat kan? hahahaha. Mungkin
ada benarnya juga bilamana mereka letak gambar Shahrukh khan. Nampak muda kan
walaupun dia dah tua. Ha, mesti ada yang google cari gambar pelakon tu sebab
nak tengok betul tak dia ada lesung pipit kan? hehe.
Cara membuat lesung pipit.
Dan disebabkan tidak ramai yang memiliki lesung pipit ni,
maka ada orang yang mencari-cari apakah ada cara membuat lesung pipit. Hey! Aku
terjumpalah. Memang ada cara untuk buat lesung pipit, tapi pada bayi la. Pada orang
dewasa aku tak pasti pula ada ke tidak. Hehe. Ok. Aku Cuma kongsikan sahaja ya!
Mengenai jadi atau tidak itu aku tak
pasti. Jangan pula ada yang salahkan
aku pula nanti sebab buat-buat tak jadi, ya!
Apa yang anda perlu ada untuk Membuat lesung Pipit pada bayi adalah, cabai merah dan bawang. Ahha!
Rasanya dia guna cili hidup kut, yang besar tu. Kita mulakan dengan menggunakan
cabai merah ya. Caranya mudah je, cucuk-cucukkan hujung cabai tu pada pipi bayi
secara perlahan. Aku ulangi,
perlahan-lahan. Dan pastikan hujung cabai tu tak pecah! Kalau tak, memang panas
la pipi anak kita tu nanti. Buat macam tu sampailah nampak ada lekukan pada
pipi bayi tu.
Cara yang sama dengan bawang. Potong kepada 4 bahagian. Kemudian,
gunakan hujung bahagian bawang yang tajam tu dan gunakan cara yang sama macam
dekat atas tu. Katanya, pastikan ada sedikit “getah” pada bawang. Lakukan sampai
nampak lekukan tu.
Cara ni aku perolehi daripada perkongsian dalam laman web
ya! Aku sendiri pun tak pernah dengar. Mungkin ada orang-orang tua dulu yang
buat macam ni. Sekali lagi, aku tak jamin Cara
membuat lesung pipit ni benar-benar menjadi ya! Kalau menjadi,
alhamdulilah. Kalau tak menjadi, anggap sahaja takda rezeki. Eh? Hahahaha.
Oklah. Cukuplah tu cerita pasal lesung pipit ni ya! Cuma apa
yang aku nak beritahu, bersyukurlah dengan apa sahaja yang dikurniakan oleh
yang maha esa pada kita ya. Ada ke tak ada ke lesung pipit ni, ia Cuma “add
value” sahaja pada orangnya. Sebaliknya cara kita menentukan kehidupan kita ini
adalah yang paling penting. Ok? Aku belanjalah gambar seseorang yang ada lesung
pipit ni. Jangan ada yang termimpi-mimpi pula lepas ni ya! hahahaha.
cute kalau ada lesung pipit.
BalasPadamcute la sangat..kalau perempuan ye juga..kalau laki tu tuan..tak cutenya..hahahaha..
Padamelsa takyah buat lesung pipit sebab dah ada dari kecil hehe
BalasPadamsama-sama..hehe..anak saya 3 orang. semua ada lesung pipit. hehehe
Padamalololooooooo...hehe
BalasPadamanak MG pun ada..ikot pak dia ..huhu
kan..biasanya ikut family yang ada..hehe
PadamEeehh... kita baru tahu yang lesung pipit nih boleh dibuat.
BalasPadamsama la..baru tahu. tengah cari-cari info mengenai lesung pipit ni, terjumpa pula..hehe
PadamHahahaha... Part last tu kan sy ketawa tak sengaja... Maaf Yek..
BalasPadamhahahha..takpe2..hahahahahahahahha
Padamsama la kita.. haha
BalasPadamgeng-geng..hehehe
Padamsetiap kkurgn ada klebihan & stiap klebihan ada kkurgn. bgitu indah ciptaan Illahi =)
BalasPadamOrg yg ada lesung pipit ni attractive!!
BalasPadamPart yg last tu plg win. Lol.
spitoutkata.blogspot.com