Jangan malu berkulit gelap
Jangan malu berkulit gelap | Maaf cakap la ye, ada
sebenarnya orang kita yang kurang berkeyakinan dengan diri mereka terutamanya
dari segi warna kulit. Itu yang berbotol-botol produk pemutihan kulit mereka
ambil. Bab putihkan kulit tu aku tak mahu sentuh la ya. itu hak masing-masing, Cuma
aku nak kongsikan sebuah cerita luar negara, bagaimana seorang gadis yang
berkulit gelap, betul gelap! Berjaya menarik perhatian dunia!
Kalau tengok dari segi rupa dia, yelah mungkin ada orang
cakap, dia memang ada pakej. Walaupun berkulit gelap, rupa paras dan anak mata
dia cantik. Itu tak aku nafikan. Tapi, tapi, kita manusia ni, memang dah
diciptakan dengan kelebihan masing-masing. Rupa paras kita ni dah cukup elok
dah. Bukan saja-saja je Allah jadikan rupa paras kita macam tu, ada sebabnya,
ok?
Orait. Berbalik semula dengan cerita gadis berkulit gelap
yang tiba-tiba menjadi terkenal ni. Nama dia adalah Princess Lolita. Cari je dekat Instagram, mesti jumpa. Berasal dari
selatan sudan, berkulit gelap tetapi cantik, bersih, tanpa cela, kemas, apa
lagi? Lawa. Ha, semualah.
Lolita ni mula terkenal lepas dia rajin muatnaik gambar dia
kat Instagram. Orang cakap muka dia ni ada iras-iras patung Barbie. Yelah, aku
yang baru pertama kali tengok pun dah boleh nampak “keayuan” yang ada pada
wajah si Lolita ni.
Lolita ni, sekali dia muatnaik gambar dia, mesti akan dapat
puluhan ribu komen dan buat masa sekarang, dia dah ada 176 ribu pengikut! Aduh!
Boleh tahan ramai juga tu! Aku ni, nak dapatkan 1k followers pun susah. Hmm,
ada yang nak follow Instagram aku? Boleh follow di @ceritaejoy. Hehehhe.
Tak banyak sebenarnya info mengenai Princess Lolita ni. Tapi ada yang cakap, dia dah jadi model dekat
negara dia. aduhai! Muka cantik haruslah jadi model kan? Jadinya, korang yang
ada paras rupa tu, apa kata mula rajin muatnaik gambar korang dekat Instagram. Mana
tahu berpeluang jadi model ke 1 hari nanti, kan? hehehehe.
berkulit gelap tak apa , jangan perangai gelap n hati gelap tu orang tak nak
BalasPadamlawa lolita ni. pape pun bersyukur je la dengan ciptaan Nya
BalasPadamhitam itu menawan
BalasPadamsaya terus cari kat instagram haha!!
BalasPadamcantik kan lolita ni, sebijik macam patung :)
BalasPadamcantik juga lolita ni. bersyukurlah seadanya
BalasPadam