Review : ROMANO tampil dengan 4 variasi deodorant spray baru!

Januari 05, 2017
ROMANO deodorant spray baru

Review : ROMANO tampil dengan 4 variasi deodorant spray baru! | Ahha! Aku tak pernah pakai ROMANO sebelum ini! Dan baru-baru ini, peluang datang untuk aku mencuba 4 variasi deodorant spray baru daripada ROMANO. Selepas mencuba keempat-empat wangian ini, ianya memberikan aku 1 pengalaman berbeza! Haruman ini juga telah membuatkan aku merasakan, yang diri aku ni terasa sangat maskulin! Eh?

Review : ROMANO deodorant spray baru ni diformulai dengan formula cepat kering dan mampu memberikan kesegaran selama 24jam! Cepat kering itu penting sebab kalau basah je ianya akan menyebabkan kita rasa tak selesa. Kan? Dan yang lebih menarik adalah ianya tahan lama. Ini sangat penting buat aku.

ROMANO tampil dengan 4 variasi deodorant spray baru!


ROMANO deodorant spray baru

Ada 4 wangian dalam versi baru ni. Yang pertama adalah ROMANO Metro Pulse. Gabungan Citrusy dengan Aqueous yang menyegarkan di tambah pula dengan Pudina dan Sage yang menyamankan dan di tambah lagi dengan Woody. Aduh! Macam-macam ada kan dalam versi ini. Siapa yang sesuai untuk wangian ini? Tentulah khas buat lelaki urban yang bersemangat tinggi macam aku ni. hehe.

ROMANO deodorant spray baru

Yang keduanya adalah ROMANO Classic. Apa yang ada dalam versi yang ini? Ada campuran minyak daripada pokok nilam dan cendana. Juga dicampurkan dengan sedikit adunan daripada citrus dan spices. Bau yang terhasil pada aku ada bauan semula jadi. Baik, siapa yang sesuai dengan wangian ini? Sudah pasti ianya juga sesuai untuk aku kerana ROMANO Classic khas untuk lelaki hebat dalam zaman moden ini! hehe.

ROMANO deodorant spray baru

Baik. Yang ketiga adalah ROMANO Urbane Attitude. Susah juga nak menyebut ramuan yang digunakan dalam versi ini. Ianya menggunakan haruman Fougére daripada Lavender dengan Bergamot dan perahan Lemon. Kalau tadi bauannya lebih kepada bauan semulajadi, versi ini lebih kepada bauan buahan. Khas buat lelaki urban dengan gaya personality yang menyerlah seperti aku. ahha!

ROMANO deodorant spray baru

Akhir sekali. ROMANO Prestige. Ini sedikit istimewa. Kerana ianya menggunakan campuran black pepper dengan citrus serta lavender dan sage. Bauan mewah ini sememangnya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. khas buat lelaki sofistikated dan berpengaruh *dan hehehe, jangan marah ya* seperti aku.

Dapatkan sekarang ROMANO dengan 4 variasi deodorant spray baru ini disemua farmasi dan pasaraya terkemuka dengan harga yang sangat murah iaitu RM14.90 sahaja!

2 ulasan:

  1. Pakai minyak wangi yang tak berlebihan itu pun sunnah. Kalau niat nak ikut nabi, dah dapat pahala. 😊

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.