Kenapa aku tak pakai barang bundle.
sumber : Google.
Kenapa aku tak pakai barang bundle | Ahha! Tajuk yang menampakan aku macam berlagak tapi sebenarnya tidak! Ada sebabnya kenapa aku berhenti beli barang bundle. Ada sebabnya, bukan saja-saja ya! Eh! Aku bukan nak perlekehkan barang bundle ya! Weh, kalau nak tahu, kebanyakan Barang Bundle ni Rare tau! Payah dah nak dapat. Murah pun murah bundle ni. Tapi kenapa aku tak beli kat bundle? Kenapa jangan pakai barang bundle? Ahha, ini ceritaejoy!
Kalau nak diceritakan pasal Barang Bundle Murah ni, banyak betul murah dia. Ingat lagi waktu
aku sekolah. Aku nak cari baju sejuk. Ala, saja nak pakai waktu malam. Dekat
kampung tu sejuk. Aku beli dengan harga RM5 je! Tapi kualiti kain dengan design
baju tu, macam harga ratus-ratus kut! Ha, semuanya di bundle! Belum cerita
pasal jaket, kasut, eh, macam-macam lah.
Sehinggakan, boleh aku cakap yang dulu, dululah, kebanyakkan
barang aku, aku beli kat bundle. Sebab? Murah! Berkualiti! Dan selesa. Jadi kenapa
tiba-tiba aku berhenti beli barang bundle ni? Kata bundle murah? Bundle rare? Ini cerita dia.
Waktu aku dah mula bekerja, aku ada seorang rakan serumah. Ala,
duduk rumah sewa ramai-ramai. Malam tu kami pergi pasar malam. Mestilah ada
bundle kan? Aku macam biasa, tengok baju. Mana tahu ada yang berkenan kan? Cari
punya cari punya cari, rakan aku perasan. Dia tengok je aku, dan kemudian
datang cakap dengan aku. Ayat dia lebih kurang macam ni la:
“Eh! Kau beli barang bundle ke? Kau tak tau cerita ke? Dekat
xxxx, ada cerita orang ni beli barang bundle, lepas tu dia tak boleh tidur
malam. Selalu kena kacau. Bila dia tanya-tanya orang, orang cakap benda tu
daripada barang bundle tu. Rupa-rupanya, barang yang dia beli tu daripada orang
yang meninggal dunia, eksiden! Tak silap, pakaian dia orang ambil, cuci dan
jual”
Gila! Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku! Korang
bayangkan, aku tengah nak pilih baju, mangkuk ni datang dan cakap benda macam
ni dengan aku. Korang rasa macam mana? Teruslah aku berhenti pilih-pilih baju
tu. Dia bercakap sambil tunjuk-tunjuk kat baju yang ada tu, siap cakap:
“ha, ni, tengok kesan ni, kita bukan tahu ni kesan apa ni.
Baik ko jangan beli kat bundle”
Eh! Benda ni dah lama kut! Rasanya waktu awal-awal aku kerja
dulu. Aku dah kerja 11 tahun. Awal aku kerja dulu cerita ni. lama kan? Dan
sampai sekarang aku tak beli barang
bundle! Sebab cerita mangkuk ni lah! Huhuhu.
Kalau nak diikutkan, segala macam barang rare ada dekat
bundle, terutamanya kasut! Aku memang minat kumpul kasut. Tapi disebabkan 1
orang punya mulut ni, sampai sekarang aku tak singgah bundle. Adoi! Apa pun,
tak salah pun. Cerita kawan aku tu yang mengarut! Tapi disebabkan aku dengar,
dan terus berhenti beli waktu tu, itu yang sampai sekarang aku tak pakai
pakaian bundle tu.
Aku ada tanya-tanya orang dan cari sendiri daripada mana
pakaian bundle ni dapat. Eh! Diaorang bukan kutip-kutip macam tu je tau. Macam yang
kawan aku cakap tu. Kalau ada orang buat macam tu, aku tak berani cakap la. Sebab
kita bukan tahu apa-apa kan? Tak perlu takut la kan? Pakaian bundle semua
bersih, tak kutip dekat mana-mana. Ok? Yang penting, Barang Bundle Murah & Barang
Bundle Rare. orait!
Alamak, takutnya.. Selalu jugaq beli baju bundle :P
BalasPadam