Hasrat untuk selfie dengan bintang bolasepak dunia tercapai!

Januari 10, 2017
gambar faiz subri selfie dengan cristiano Ronaldo

Hasrat untuk selfie dengan bintang bolasepak dunia tercapai! | Hehe. Seronok sebenarnya tengok gelagat Faiz Subri ni lepas diumumkan sebagai The winner puskas award 2016 awal pagi tadi. Nama Mohd Faiz Subri kini bermain dalam website-website dunia. Banyak pujian yang diterima anak malaysia ini kerana buat pertama kali dalam sejarah, anak malaysia berjaya memperolehi pingat sebesar ini! Tahniah! Namun, dalam kegembiraan ini, gelagat faiz subri selfie dengan bintang bolasepak dunia, cristiano Ronaldo sangat-sangat menarik perhatian.

Kalau kita tengok gambar-gambar yang dikongsikan dalam laman sosial, memang jauh betul bezanya tubuh badan faiz ni dengan bintang dunia. Agaknya, kalau dia main piala dunia, mahunya dihimpit bintang dunia tu, hahahaha. Eh! Tapi apa nak kata kan, pemenang Fifa Puskas 2016 ni. hehehe.

Orait. Tengok gambar faiz subri selfie dengan cristiano Ronaldo tu. Hahahaha. Nampak lagi muka gementar tu. Hahaha. Kalau aku dekat tempat dia pun, confirm nervous uii. Biasa tengok dalam tv je, ini tengok depan-depan, kemudian ajak selfie lagi, fuh! Impian jadi kenyataan tu.

Apa pun, tahniah sekali lagi buat Faiz subri kerana mendapat anugerah The winner puskas award 2016. Sememangnya ianya menjadi kebanggaan buat semua rakyat malaysia. Tahniah sekali lagi!

2 ulasan:

  1. Tahniah...Alhamdulillah...
    mengharumkan nama negara tercinta....
    moga di masa akan datang lebih byk sumbangan yg boleh di sumbangkan :)

    BalasPadam
  2. tahniah ! smoga faiz sukses sllu =D

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.