Rahma Haruna akhirnya meninggal dunia.
Rahma Haruna akhirnya meninggal dunia | Kisah wanita nigeria
ini pernah menjadi viral kerana menghabiskan keseluruhan hidupnya di dalam
besen air. Rahma Haruna mulanya disangka sebagai bayi yang normal namun ketika dia
berusia 6 bulan, tumbesarannya terhenti yang mengakibatkan tubuhnya membesar
tidak sekata.
Akibat daripada permasalahan itu, Rahma Haruna menghabiskan
sebahagian besar hidupnya di dalam mangkuk plastic yang mana memudahkan ahli
keluarganya untuk membawanya. Namun, baru-baru ini, seorang wartawan, ibrahim
Jirgi, telah menghadiahkan keluarganya sebuah kerusi roda.
Ahli keluarga Rahma Haruna mula mengesan sesuatu yang pelik
pada gadis ini apabila beliau tidak pernah belajar untuk merangkak sebaliknya
hanya duduk sahaja. Dia kemudiannya demam dan itulah permulaan kepada nasib malang
gadis ini. Rahma Haruna mula mengalami sakit perut dan kemudiannya merebak pada
bahagian-bahagian badannya seperti tangan dan kaki.
Selepas berita mengenai Rahma Haruna tersebar, keluarganya
menerima banyak bantuan daripada orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib
gadis malang ini. Pelbagai bantuan yang diterima oleh keluarganya sehingga di
saat gadis ini meninggal dunia.
Rahma Haruna ada menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang
usahawan dengan membuka kedai runcit.
Semoga tenang disana..
BalasPadamIkhlas dari
AlongMisuari.com