Tukar baju blog lagi.

Disember 29, 2016
tukar template blogspot

Tukar baju blog lagi | Rasanya dah banyak kali aku tukar template blogspot ni. Dah memang jenis aku macam gitu kut. Aku memang cepat bosan dengan apa sahaja yang berada di sekeliling aku. Memang semuanya kerap aku ubah, termasuklah blog ceritaejoy ni. Macam musim rayalah kan. Benda elok lagi, tapi habis ditukarnya semua. Hehehe.

Aku agak suka dengan template baru ni. Apa yang aku inginkan semua ada. Tapi secara terus terangnya, aku lebih gemarkan template dengan bahagian header yang besar! Sebabnya aku nak letak muka aku dekat situ. Hahaha. Blog aku kan. Tapi hingga ke hari ini, aku masih belum ada gambar yang betul-betul menarik minat aku.

Aku memang tak suka bergambar dan agak susah untuk mengambil gambar. Tapi bila masuk ke dalam dunia blog ni, aku kena ubahlah benda tu kan. Tak kan nak ambil gambar orang kemudian masukkan dalam blog kita pula. Adalah sangat baik jika semuanya adalah datang daripada kita sendiri. Baru ada indentiti dekat situ.

Apa pun, aku cuma nak beritahu yang template ceritaejoy sudah berubah. Dan aku sendiri tak berani cakap yang template ini akan kekal lama atau tidak kerana pastinya suatu hari nanti, ianya pasti bertukar. Hehehe. Korang macam mana pula?

6 ulasan:

  1. hijau gittuuuu , okay je warna nih :)

    BalasPadam
  2. wahhh gituwww. bestnya pandai tukar2 template hehe

    BalasPadam
  3. tak elok sangat selalu tukar ni..pening kepala..crawler pun pening..:D

    BalasPadam
  4. Reen pun sebelum ni suka tukar template.. Lepas dah beli template, ada saja yang tidak kena. Guna yang free, jangan cakap. Lagilah sekejap je tukar.

    Heheee sehinggalah reen jumpa template yang reen guna sekarang.. Barulah setia dalam jangkamasa yang panjang. In sya Allah..

    Kalau nak bahagian header yang besar je.. Boleh edit sendiri kalau tahu main code html template..

    http://www.reenri.com

    BalasPadam
  5. aku setahun sekali je tukar baju blog hehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.