Luahan Tun Mengenai Pembatalan jemputan Ke majlis rasmi negara.

Disember 08, 2016
Luahan Tun Mengenai Pembatalan jemputan Ke majlis rasmi negara.

Luahan Tun Mengenai Pembatalan jemputan Ke majlis rasmi negara | Umum rasanya sudah mengetahui akan pembatalan jemputan Majlis istiadat Yang di Pertuan Agong yang baru kepada tun. Melalui blog beliau, ada dinyatakan sebab-sebabnya. Aku bukanlah orang politik cuma ingin berkongsikan beberapa perkara mengenai perkara ini. Harus di ingatkan juga, tiada tokok tambah dalam perkongsian ini. 

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:


“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.


Baca lanjut di sini : Chedet.cc

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.