Donald trump lantik bekas eksekutif WWE sebagai Small Business Administration

Disember 08, 2016
Linda McMahon Small Business Administration

Donald trump lantik bekas eksekutif WWE sebagai Small Business Administration | Donald trump telah melantik bekas eksekutif WWE, Linda McMahon sebagai pemimpin Pentadbiran Perniagaan Kecil * Small Business Administration* sekaligus tersenarai di dalam cabinet. McMahon dan suaminya, Vince, adalah orang yang mengasaskan World Wrestling Entertainment (WWE) yang kini menjadi sukan hiburan diantara yang paling berjaya di dunia. Namun, Beliau  telah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif syarikat itu pada tahun 2009.

Trump berkata, McMahon berkongsi visinya untuk mengurangkan "peraturan-peraturan yang membebankan pekerja kelas pertengahan dan perniagaan kecil." Merujuk kepada dirinya sendiri yang juga seorang usahawan, Linda McMahon ingin berkongsi pengalaman beliau di dalam bidang perniagaan dan akan melakukan yang terbaik untuk menyokong mereka.

Selain itu, trump percaya bahawa Linda akan menjadi seorang pemimpin yang luar biasa dan juara untuk perniagaan kecil dan akan menyemarakan semangat keusahawanan ke seluruh amerika.

Perlantikan Linda McMahon ke dalam cabinet Donald trump adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Ini adalah kerana, trump sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga McMahon. Trump juga merupakan ahli WWE Hall of Fame!

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.