Apa yang berlaku dekat Aceh?

Disember 08, 2016
Apa yang berlaku dekat Aceh

Apa yang berlaku dekat Aceh? | Aku memang sibuk dalam minggu ni dan minggu depan. Sebabnya nak prepare untuk menyambut kelahiran anak yang ketiga. Semoga semuanya 
dipermudahkan, insyaAllah. Tetapi, sewaktu di dalam kereta, aku terdengar berita mengenai Aceh. Apa yang berlaku dekat aceh? Bila sebut aceh je, yang aku ingat adalah, tragedi Tsunami Di Aceh Indonesia tahun 2004, lama dulu. Dan sekarang apa ya yang berlaku di aceh, Indonesia?

Punya la sibuk sampai tak sempat nak tengok berita. Tapi sempat juga tengok wall dekat Facebook aku, ceritaejoy. Rupa-rupanya aceh di landa gempa bumi kuat! Gempa bumi berskala 6.5 magnitud tu dah meragut lebih kurang 97 nyawa *mengikut bacaan aku di BHONLINE*. Dan katanya lagi, berkemungkinan jumlah mangsa tersebut meningkat kerana usaha menyelamat masih di jalankan.

Allahurabbi. Antara daerah yang paling teruk terkesan dengan gempa bumi ini adalah daerah Pidie Jaya. Sekarang ni tentera dah ambil alih dalam usaha menyelamat di aceh Indonesia. Hujung tahun macam ni, memang musim tengkujuh. Dan kalau hujan terus-terusan turun, penyakit lain pula akan timbul. Ini antara yang paling dirisaukan sekarang.

Khabarnya, ada 1 sahaja hospital di sana dan kini ianya sangat sesak dengan pesakit. Memang amat merisaukan keadaan di sana sekarang ni. Dan kalau tak silap aku, blogger malaysia, Abang denaihati ada membuat kutipan bagi membantu rakan-rakan kita disana. Bantuan kita yang sedikit ini, mampu untuk mengurangkan beban mereka.

Apa pun, kami di malaysia mendoakan rakan-rakan di aceh, Indonesia agar tabah dengan apa yang berlaku ini. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Tiada apa yang kami mampu lakukan, hanya dengan doa sahajalah, insyaAllah.

3 ulasan:

  1. Semoga wife dipermudahkan segala urusan nanti...
    yelah..nieyl pun ada terdengar,tertengok berita psl gempa bumi aceh..
    Allahuakbar...marilah kita sama-sama mendoakan utk mereka di sana..

    BalasPadam
  2. WAHHH NK DPT BABY BARU.. SMOGA DIPERMUDHKAN, SEMALAM PUN UNNI BARU MYAMBUT KHADIRAN INSAN BARU ( ANAK BESTFRIENDS ) MOGA ISTERI DIPERMUDAHKAN YER.. BTW MOGA SAUDARA2 KITA D ACEH TABAH MENHADAPI UJIAN :) KALAU SUDI BOLEH BACA NI TUK KEMPEN MALAYSIA PEDULI GEMPA ACEH

    https://unnianje.blogspot.my/2016/12/malaysia-peduli-gempa-aceh.html

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan urusan mereka

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.