Filem Rock Bro 2016 Full Movie
Filem Rock Bro 2016 Full Movie | Orait, apa yang tengok banyak kali pun tak bosan ni kan? hehe. Yang aku maksudkan adalah Filem Rock Bro. Tak aku nafikan, abang Mamat Khalid memang hebat! Filem-filem dia, walaupun ada yang tak masuk dek akal, tapi punya maksud yang sangat mendalam. Dan Filem Rock Bro ternyata mampu mewujudkan tangisan dalam diam pada sesiapa yang menonton dan benar-benar memahami apa yang cuba di sampaikan.
Filem Rock Bro 2016 Full Movie.
Baiklah, bercerita mengenai Filem Rock Bro, keyword Filem
Rock Bro 2016 Full Movie sedang hot di dalam laman sosial. Aku tidaklah menyokong
perkongsian ini, Cuma apa yang boleh aku sampaikan, marilah kita bersama-sama
menyokong industry perfileman malaysia dengan membeli vcd yang original. Namun,
aku faham beberapa “masalah” yang dihadapi mereka kerana aku sendiri terkadang
hadapi masalah ini. Aku Cuma mampu memberi nasihat ini sahaja, ok?
Orait! Balik semula pada Filem Rock Bro ni. Ternyata susunan
lagu semuanya sangat tepat! Dan muzik yang mampu menaikkan mood mereka yang
menonton! Kadang tu rasa macam tengok filem Hindustan pun ada. Yelah, banyak
sangat lagu! Hahaha. Tapi bagus juga sebenarnya, sebab, abang Mamat Khalid
berjaya menaikkan semula lagu-lagu lama ni.
Rahsia dalam rahsia.
Bila tengok Filem Rock Bro ni, macam ada banyak benda yang
mana generasi aku atau generasi sekarang ni, tak tahu apa-apa pun pasal zaman
rock ni! Yang aku tahu, aku tiba-tiba teringat zaman muda ayah aku. dengan bahagian
bawah seluar yang kembang, baju kemeja ketat dengan rambut rambut
panjang+kembang. Hahaha.
Yang aku ikut Cuma rambut sahaja. Aku memang tak selesa
kalau berambut pendek! Hahaha. Tapi bab baju ketat dengan seluar tu, adoi! Memang
tak termampu nak ikut lah kan. hehehe. Tapi dalam Filem Rock Bro ni, pakaian
mereka memang melambangkan diri seorang rockers! Cuma part jijo dalam bilik
recording tengah main bass tu je, dia pakai kemeja. Macam tak rock la pulak
nampaknya! Hehe.
Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari
Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya
Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini
(KORUS)
Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan
Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu
Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan
Sedih cerita ni..paling sedih part slash hj tapah..dan jijoe....ini semua el punya pasal...semua pandang dia...
BalasPadamwow rock.. nnti nk tgk
BalasPadamxdapat tengok kat cinema..kita tengok online je lah ..macam best je cite ni
BalasPadam