Kes pengawal peribadi tembak bos sendiri.

Disember 02, 2016
Kes pengawal peribadi tembak bos sendiri

Kes pengawal peribadi tembak bos sendiri | Aduh! Makin takut aku dengan berita sekarang. Yelah, orang yang diberi kepercayaan untuk jaga diri seseorang tu adalah orang yang paling bahaya sebenarnya! Kes ni berlaku dekat petaling jaya. Katanya pengawal peribadi ni naik marah sebelum tembak mati bos nya sendiri *seorang yang berpangkat datuk*.

Boleh bayangkan tak? Dia upah pengawal peribadi untuk lindungi diri dia dari segala ancaman tapi akhirnya, orang yang dia upah itulah yang bagi ancaman pada dia! Kan sesuatu yang sangat bahaya tu? Sapa ingat lagi kes Pengawal Tembak Mati Pegawai Bank? Pun sama macam kes inilah. Orang yang diharapkan untuk jaga diri dia dari ancaman lain yang sebenarnya memberi ancaman pada diri dia. menakutkan!

Sama halnya dengan pembantu rumah. Kita ambil pembantu rumah untuk bantu kita dalam segala hal di rumah. Kira macam beri kepercayaan juga pada dia. Ada juga pembantu rumah yang dah bertahun-tahun berkhidmat dengan majikan. Tapi kenapa masih dengar Orang Gaji Mencuri barang majikan dia? Atau yang paling top beritanya dekat sini, pembantu rumah dera anak majikan!

Semua kaitan cerita ni ada sangkut paut dengan orang terdekat yang mana kita beri kepercayaan pada mereka tapi dihancurkan serta merta oleh mereka. Kalau orang yang terdekat, yang kita percaya boleh lindungi kita dari macam-macam perkara dah tak boleh percaya, kita nak letak kepercayaan kita pada siapa lagi?


Berita-berita macam Kes pengawal peribadi tembak bos sendiri ini lah yang sebenarnya mewujudkan macam-macam pemikiran negative dalam diri kita. Apa pun, tepuk dada tanya hati masing-masing. Pada aku mudah, jangan terlalu memberikan kepercayaan kepada seseorang. Perlu juga ada was-was dalam diri. Ok? Baca lanjut:

PETALING JAYA: Salah seorang mangsa tembakan yang tercedera telah menelefon dan memberitahu seseorang bahawa 'pengawal peribadi naik marah' sebelum dia menembak mati bosnya yang bergelar Datuk.

Menurut seorang saksi yang membuat laporan polis pada Khamis, dia ternampak seorang lelaki dalam keadaan berdarah di muka dan dahi ketika sedang memandu di
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Dia beranggapan lelaki itu mungkin terlibat dengan kemalangan, dan seterusnya menawarkan pertolongan untuk menghantar ke hospital.

Menurut laporan yang dibuat oleh seorang wanita, ketika dalam perjalanan lelaki tersebut meminta izin untuk menggunakan telefon bimbit miliknya bagi menghubungi ahli keluarga.

Dia kemudian mendengar lelaki itu menyebut 'pengawal peribadi naik  marah" dan 'tailo' (bos) sudah mati. 

Dia juga turut terdengar lelaki itu memberitahu bahawa pengawal peribadi tersebut telah memukulnya di kepala menggunakan pistol.

Lelaki itu juga turut membuat panggilan kedua dan memberitahu bahawa semua barang-barang dan begnya berada di dalam kereta bos.

Saksi berkata, sebaik sahaja mendengar perbualan tersebut, dia terus menurunkan lelaki itu di sebuah stesen minyak kerana takut.

Kejadian tembak yang berlaku pukul 7.30 malam Khamis menyebabkan tiga orang maut termasuk Datuk, dan empat cedera.

Polis berjaya menangkap seorang suspek penembak yang juga merupakan pengawal peribadi kepada Datuk yang ditembak itu.

2 ulasan:

  1. Ya ALLAH macam dunia kita skg ni kan.. seram je lepas ni mesi ramai takut nk guna khimat bodyguard

    BalasPadam
  2. seharusnya bodyguard yang melindungi boss nya, ini malah menembak mati boss nya

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.