Sibuk dengan kelahiran yang ketiga!
Sibuk dengan
kelahiran yang ketiga! | Sebelum apa-apa, aku ingin ucapkan rasa syukur ke
atas ilahi kerana dikurniakan cahaya mata yang ketiga. Alhamdulilah, kerana aku
sendiri tak pernah terfikir akan dikurniakan cahaya mata sebanyak ini. Mungkin
ada yang merasakan jumlah itu masih kecil namun pada aku ianya sudah cukup
untuk keluarga kami, alhamdulilah.
Agak lama juga cuti yang aku ambil. Cuti kerja dan juga cuti
daripada dunia blogging. Seronok melihat rakan-rakan blogger yang lain update
blog mereka dengan macam-macam cerita. Join event sana sini, review macam-macam
produk dan macam-macam lagi. Alhamdulilah, rezeki mereka. Apa pun, hari ini!
aku kembali dalam dunia blog. Hehehe.
Banyak sebenarnya pengalaman aku dengan kelahiran yang
ketiga ini. Antaranya adalah, jumlah yang menanti kelahiran yang pada aku
terlalu ramai! Mungkin disebabkan hujung tahun agaknya. Tak pernah lagi aku
nampak, terlalu ramai ibu mengandung dalam bilik menanti masa untuk bersalin
tu. Fuh! Ramai! Hinggakan ada daripada mereka yang seharian duduk dalam tu
sebab wad penuh! Adeh!
Kelahiran yang ketiga ini juga adalah “pengakhiran” buat aku
dan isteri kerana selepas operation kelahiran, doktor terus “ikat”. Katanya,
isteri aku akan berisiko tinggi jika mengandung lagi. Aku pun sebenarnya tak kisah
kalau nak ikat pun sebabnya aku merasakan jumlah yang sedia ada ini dah cukup. Ada
juga suami yang tidak bersetuju kerana mahukan lebih anak lagi, itu pendirian
masing-masing ya.
Bila berlaku 2 operation ni, faham-faham sahajalah kondisi
isteri aku. Lagi pulak dia ada alahan dengan ubat tahan sakit, So,korang boleh bayang
tak kesakitan nya macam mana? Adeh! Inilah yang banyak ibubapa cakap, kalau
anak tu tak mahu dengar cakap atau yang bukan-bukan, tak tahu lah macam mana,
kan? Apa pun, aku doakan yang baik-baik sahaja.
Alhamdulillah,syukur..tahniah ya...moga dengan kelahiran khalifah baru ini bertambah keberkatan dalam keluarga dan kehidupan kalian..amin...
BalasPadam