11 Sikap anak-anak dan penyebabnya.
Sikap anak-anak dan penyebabnya | Ahha! Mungkin tak semua, tapi pasti kebanyakan ibubapa yang akan cakap macam ni, Kenapalah Anak Tak Dengar Kata kita. Apa yang kita cakap langsung mereka taknak dengar atau ambil pusing. Hari-hari nak tegur benda yang sama, hari-hari nak membebel, kan? Yang sebenarnya, kita sebenarnya perlu tengok pada diri kita dulu sebelum nak marah-marah atau salahkan anak-anak. Sebabnya, terkadang tu, ianya berpunca daripada diri kita sendiri. 11
Hari ini aku terbaca 1 perkongsian di laman sosial mengenai 11 Sikap anak-anak dan penyebabnya. Suka untuk aku kongsikan dengan rakan-rakan pembaca blog ceritaejoy yang mana sudahpun memiliki anak. Dan buat
mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata, aku doakan agar kalian semua
dipermudahkan untuk menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ya!
insyaAllah. amin.
Baiklah, kita berbalik semua kepada permasalahan Kenapa Anak
Tak Dengar Kata kita ni. Kita sama-sama baca dan cuba lihat pada diri
masing-masing ya. Kalau perlu ubah, ubah la ya. insyaAllah, mereka akan berubah
selepas ini. amin.
Berikut adalah beberapa kesilapan ibubapa di dalam mendidik
anak-anak yang seterusnya membawa kepada 11 Sikap anak-anak dan penyebabnya.
#1. Jika anak dengan sengaja menganggu kita, itu tandanya
kita tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka.
Ini di antara perkara yang paling kerap kita lakukan sebagai
ibubapa. Kadang kita terlalu fokus kepada kerja hingga terlupa atau terkurang
perhatian kita kepada anak-anak kita. Anak-anak yang sedang membesar
sememangnya memerlukan perhatian yang sangat banyak daripada kita.
#2. Jika anak mula membohong, ini bermakna hukuman yang kita
berikan kepada mereka terlalu keras.
Bila anak-anak menerima hukuman yang terlalu keras, mereka
akan memikirkan 1 perkara yang mampu mengelakkan diri mereka daripada dimarahi
sekali lagi, oleh yang demikian, jalan yang terbaik adalah, berbohong! Ya!
Dengan cara itu, ia dapat mengelakkan diri mereka daripada dijatuhi hukuman.
#3. Jika self-esteem anak rendah, ini bermakna kita tidak
cukup memberi tunjuk ajar kepada mereka.
Pernah tak, atau mungkin ada dalam kalangan pembaca yang
mana anak mereka selalu cakap, mereka tak tahu! Kita suruh buat apa-apa,
jawapan pertama mereka adalah tak tahu! Jika ini berlaku, ini bermakna tunjuk
ajar kita pada mereka masih belum cukup. Kita lebih kepada memberi nasihat
daripada membantu mereka.
#4. Anak-anak masih mengambil barang yang bukan kepunyaan
mereka.
Kita dah beri dah apa yang mereka mahukan contohnya mainan. Tapi
kenapa mereka masih ambil benda lain atau hak orang lain? Jika ini berlaku, ini
bermakna, kita tidak memberikan mereka ruang atau peluang untuk memilih. Sebaliknya,
kita “memaksa” mereka untuk menerima apa sahaja daripada pilihan kita.
#5. Anak-anak penuh dengan rasa cemburu?
Kalau ini yang berlaku, ini bermakna kita kerap membanding
mereka dengan orang lain. Aku sendiri kadang-kadang buat benda ni. Kadang aku
terlalu memberi perhatian kepada anak kedua aku daripada anak sulung aku. Dan
aku dapat rasakan wujud kecemburuan di situ. Hmm.
#6. Anak-anak menjadi terlalu penakut?
Ini berlaku pada anak sulung aku. Entah apa yang dia
takutkan pun aku tak tahu. Mengikut perkongsian yang aku baca, kalau anak-anak
menjadi sangat takut dengan macam-macam perkara, ini bermakna mereka kerap
dibantu ketika berhadapan dengan kepayahan atau kesukaran. Cuba lepas ni,
biarkan anak-anak anda berusaha sendiri ketika berhadapan dengan apa-apa
cabaran.
#7. Pemarah? Baran?
Hmm, ini mungkin berlaku pada semua anak-anak. Suka lempar
barang sana sini. Bercakap dengan nada yang kasar sehingga kita kadang-kadang
boleh naik hantu dibuatnya. Ok! Sebab apa mereka jadi camtu? Ini adalah
disebabkan kita kurang memuji atau menghargai mereka ketika mereka berkelakuan
baik. Dan oleh yang demikian, mereka bersikap sebaliknya, semuanya kerana apa? Yes!
Kerana dengan cara ini, tumpuan dan perhatian kita akan beralih kepada mereka!
#8. Tak menghormati perasaan orang lain.
Benda ni macam tak respect dengan orang lain la. Sebabnya mudah.
Semuanya adalah salah kita. Ya! kita kerap mengarahkan mereka seperti mereka
adalah pekerja kita. Ibarat bos arah anak buah kat office. Ha! Macam gitulah
rasanya. Anak-anak merasakan diri mereka seperti tidak dihargai.
#9. Anak-anak terlalu berahsia?
Anak-anak yang menjadi terlalu pendiam dan sukar nak
beritahu apa-apa perkara adalah kerana kita terlalu kerap membesarkan perkara
yang menyentuh tentang diri mereka.
#10. Sikap anak-anak yang terlalu biadap.
Sikap Ini, mana-mana ibubapa pun tak suka kan? Termasuklah
aku. Kenapa anak-anak kita jadi macam ni? Baiklah, ianya berpunca daripada
sikap manusia yang berada disekeliling mereka. Kalau diri kita sendiri
terkadang tu main lepas cakap je dengan orang lain, tak mustahil anak-anak kita
pun akan ikut sama.
#11. Anak-anak tak berani pertahankan diri mereka.
Dan yang last sekali adalah, anak-anak rela dibuli daripada
mempertahankan diri mereka. Kalau ini yang berlaku, ini bermakna, kita selalu
menegur dan menghukum mereka di hadapan orang lain terlalu kerap! Benar,
kadang-kadang kita perlu tegur kalau perangai mereka melampaui batas, akan
tetapi, akibat daripada perbuatan ini akan mengakibatkan anak-anak kita menjadi
penakut! Apa yang perlu kita buat? Tegur mereka secara professional.
Perkongsian yang menarik..
BalasPadamWalaupun AM masih belum ada naka tetapi perkongsian ini sedikit sebanyak memberi ingatan buat AM apabila ada anak nanti untuk tidak terlalu bersikap keras dengan anak2 mahupun terlalu memanjakan anak..
Ikhlas Dari
Along Misuari
Betul tu..
BalasPadamkdg² kita terlepas pandang kesilapan dan kesalahan kita...
Tq sharing :)
nice sharing .. hehehe nanti baru semua ibu bapa akan tahu kenapa anak-anak mereka kekadang memberontak =)
BalasPadamitu sbb sangat bagus ibu bapa ambil tau kelakuan dan sifat2 seperti ini. sekurang2nya kita mampu mengubah dan mendidik mereka pd lebih baik sblm terlambat
BalasPadam