Food : Resepi mudah buat Kuih Keria Gula Melaka.

Disember 20, 2016
Resepi mudah buat Kuih Keria Gula Melaka

Food : Resepi mudah buat Kuih Keria Gula Melaka | Bila sampai ke Melaka ni, di antara benda wajib cuba adalah Kuih Keria Melaka atau lebih dikenali sebagai Kuih Keria Antarabangsa. Tapi menyebutnya bukan semudah merasanya, sebabnya? Kena beratur panjang beb! Bukan sikit orang yang datang nak rasa kuih keria istimewa ni. Mungkin juga ada yang kempunan nak rasa Kuih Keria Popular Melaka ni disebabkan pemintaan yang terlalu tinggi. Dan hari ini, aku nak kongsikan Resepi Kuih Keria Gula Melaka buat mereka yang terasa nak makan bila-bila masa tu.

Ada orang cakap, Kuih Keria Antarabangsa ni berhantu! Sekali makan mesti nak lagi. Tapi kesianlah dekat mereka yang punya peluang berkunjung ke Melaka pada musim cuti sahaja. Cuba bayangkan kalau orang tu duduk kedah, datang jauh-jauh ke Melaka, semata-mata nak makan Kuih Keria Melaka ni, sekali datang, kena beratur panjang-panjang pula. Kalau dapat merasa, takpelah kan, kalau sampai waktu dia, Kuih Keria Popular Melaka ni habis? Adeh!

Resepi Kuih Keria Gula Melaka


Apa pun, apa kata kita cuba buat sendiri dekat rumah. kata orang, dapat merasa walaupun tak sama pun dah ok, betul tak? hehe. Terubat juga tekak kita nak merasa kuih keria istimewa ni. orait! Baiklah, apa yang korang perlu ada untuk buat kuih keria ala Kuih Keria Antarabangsa ni.

Bahan-bahan untuk buat Kuih Keria Gula Melaka.

  • 80 grm tepung gandum
  • 250 grm keledak putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 0,5 sudu teh garam


Bahan untuk menyalut kuih keria.

  • 3 sudu besar air
  • Gula melaka.
  • Gula pasir.


Bila dah sediakan semua bahan-bahan ni, kita tengok pula cara mudah buat Kuih Keria Antarabangsa ni.

  • Mula-mula rebus keledek hingga empuk kemudian lenyek ketika masih panas.
  • Lepas tu masukkan tepung ubi, tepung gandum dan garam, dan gaul hingga sempurna dan tidak melekat di tangan.
  • Kemudian buat bentuk bulatan dan leperkan dan bentuk bulat di tengah (sama macam nak buat kuih donat)
  • Setelah siap, panaskan minyak di atas api dan masukkan doh yang sudah dibulatkan ke dalam minyak dan masak sehingga warnanya keemasan. Lepas tu angkat dan keringkan minyak tu.

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Kemudian, langkah seterusnya adalah untuk salutkan kuih keria tersebut. Apa yang perlu korang buat adalah, panaskan kuali dan masukkan gula Melaka, gula pasir dan sedikit air. Lepas gula Melaka tu dah cair, masukkan kuih keria tadi ke dalam kuali dan gaulkan bersama gula Melaka tu. Lepas dah rasa semuanya sudah sebati, tutup api dan biarkan gula tersebut kering. Lepas tu, tunggu apa lagi? Ngap la Kuih Keria Antarabangsa ni. hahahaha.

Mungkin ada yang cakap, rasanya mungkin tidak sama dengan Kuih Keria Popular Melaka tu, tapi macam yang aku ada cakap dekat awal tadi, sekurang-kurangnya terubatlah juga rasa tekak kita tu kan? Atau mungkin korang boleh buat lagi sedap daripada Kuih Keria Antarabangsa ni? Mana tahu? Kan? hehehe, apa pun, selamat mencuba ya! hehehe.

5 ulasan:

  1. kena rajin je ni...mesti jadi kalau buat...plus kena cari keledek yg murah oii..KL mahal! hahaha

    BalasPadam
  2. Adoi.. nak membuat tu yang tak berapa rajin..
    mujurlah tak mengidam.. hehehe

    BalasPadam
  3. nasib baik x minat sangat nak makan. huhu.. tp mmg tgh viral kan skrg ni.. klu rjn, leh la cuba

    BalasPadam
  4. Nampak macma sedap je tengok tapi saya tk berapa minat dengan kuih keria lg suka donut. nak membuat tu pun satu hal laki mmg malas. hahaha

    BalasPadam
  5. Petang ni pun nak try buat keria gula melaka first time...hopefully jadi...tk ye berkongsi resepi...

    Jemput ke blog saya

    http://mamavitashoppe.wordpress.com

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.