Air di A'famosa resort tercemar dengan Holy Water??

Disember 21, 2016

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

Air di A'famosa resort tercemar dengan Holy Water?? | Agak memeranjatkan juga selepas melihat video yang dikongsikan di laman sosial facebook berikutan satu upacara keagamaan yang diadakan di A'famosa resort. Aduh! Terlalu dekat rasanya kawasan percutian ini dengan rumah aku. Mulanya tak terasa nak tengok pun video tu, tapi bila aku baca tajuknya dengan lebih terperinci, terus datang rasa nak tengok! Manakan tidak, dikatanya seluruh kawasan resort tu disimbah dengan air Holy water!

Siapa yang tak tahu apa itu Holy water? Untuk maklumat lanjut, korang boleh la search di google ya! Cuma apa yang aku tahu, yang diceritakan dari mulut ke mulut, air ini adalah air yang disediakan di gereja khas untuk penganut agama ini. Dan hampir semua daripada kita tahu akan perkara ini, Cerita yang dibawa daripada aku kecil hinggalah sekarang.

Ceritanya adalah, sesiapa yang minum air ini, mereka tak akan mampu untuk mengucap 2 kalimah syahadah lagi! Lidah jadi keras! Dan oleh yang demikian, mana-mana orang yang minum, tak boleh mengucap dan akan keluar daripada agama! Adeh! Ini cerita yang aku dengar daripada aku kecil hinggalah sekarang. Namun, mengenai kesahihannya, aku tak boleh nak cakap kerana aku sendiri tak pernah berjumpa dengan mereka yang dah melalui benda ni.

Kita nak bercakap lebih-lebih tak boleh. Kerana ini melibatkan agama. Cuma cerita aku dekat atas tu adalah cerita yang aku dengar dari dulu sampailah sekarang. Ok? Berbalik semula dengan cerita Air di A'famosa resort tercemar dengan Holy Water ni. Kalau korang tengok video tu, memang nampak sekelompok manusia yang melemparkan air mineral ke seluruh tempat.

Menakutkan! Aku yang pada awalnya tengok memang rasa takut! Eh, dah kenapa ni? Kenapa baru sekarang kita nampak benda ni? Kenapa sebelum ni kita tak pernah dengar pun pasal upacara keagamaan ini? Apa mereka yang sebelum-sebelum ni mandi kolam yang dah di campur dengan holy water ke??

Isu ini telah pun dikenal pasti Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan laporan penuh telah dibuat. teruskan bacaan anda:

Alor Gajah: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menafikan air yang digunakan dalam upacara keagamaan di pintu masuk taman tema di sini adalah air suci, sebaliknya hanya air mineral.

Ketua Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, siasatan pihaknya mendapati air yang digunakan dalam upacara berkenaan yang kemudiannya dijirus di kawasan sekitar itu adalah air mineral biasa.

"Pasukan penguat kuasa sudah ke lokasi dan menjalankan siasatan. Hasilnya, air yang digunakan hanyalah air mineral yang disediakan oleh pihak taman tema untuk dijirus sebagai simbolik upacara.

"Ia hanyalah upacara tahunan yang diadakan mengikut kepercayaan mereka bagi mendapatkan keselamatan serta dimurahkan rezeki," katanya.

Semalam, tindakan seorang individu yang memuat naik dua video di Facebook mengenai upacara keagamaan berkenaan mengundang pelbagai reaksi dan komen.

Video setiap satunya berdurasi satu minit yang dimuat naik itu menunjukkan sekumpulan individu menjirus air di kawasan sekitar taman tema.

Rahimin berkata, individu berkenaan sepatutnya memastikan maklumat itu sahih sebelum menyebarkannya.


Katanya, tindakan individu berkenaan yang menyebarkan video itu boleh mengundang keadaan huru hara khusus buat pengunjung beragama Islam.

Ok. Sekarang dah jelas kan mengenai isu ni? Cuma soalan aku, apa perbezaan Holy water dengan air mineral ya? Apakah ada beza pada warna? Rasa atau apa sahaja? Jika rakan-rakan yang punya pengalaman dan ada jawapan kepada persoalan ini, kita boleh berbincang dalam ruangan komen di bawah ya. Terima kasih.

3 ulasan:

  1. Bahana pyebaran video mcm ni tnpa info yg benar2 sahih smemang ny boleh mcetuskan salah faham lebih2 lg isu ni mlibatkn agama. Harap pihak bwajib jg perlu pmantauan yg kerap di kawasan2 mcm ni utk mgelakkn bnda xsahih tsebar mluas.

    BalasPadam
  2. zaman sekarang ni memang macam-macam belaka berlaku.

    pelik kekkadang memikirkannya.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.